Wednesday 30 April 2014

Mari Cantik bersama Shaklee

Shaklee ni ada bermacam-macam supplement. Kombinasi antara beberapa supplement tu boleh menghasilkan keberkesanan yang lebih meletup. Kali ni, saya nak kongsikan serba sedikit kelebihan beberapan supplement yang boleh diamalkan bagi mereka yang inginkan kulit cantik menarik tertawan :)

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri




Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, pengambilan ESP sangat digalakkan. Asid amino yang terdapat di dalam ESP merupakan kunci kepada wajah awet muda. ESP ini berfungsi dalam merangsang pembentukan semula kulit dan otot.

Info harga dan kuantiti :

1. Vitamin E berharga RM149.00 sebotol dan mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan / seorang.
2. Sustained Release Vita-C berharga RM92.50 sebotol dan mengandungi 180 biji untuk kegunaan 6 bulan / seorang.
3. B Complex berharga RM53.75 sebotol dan mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan / seorang.
4. ESP berharga RM150.00 sebotol dan mengandungi 850gram.

Untuk dapatkan harga yang lebih murah, daftarlah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli pada bila-bila masa.


Kredit info :
http://superbvitamin.blogspot.com/2013/03/set-kecantikan-kulit-shaklee-untuk.html

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :)

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Tuesday 29 April 2014

GLA Complex Shaklee

Apa itu GLA Complex?

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.



Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex?

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

GLA Complex ini berharga RM91.25 sebotol dan mengandungi 60 biji untuk kegunaan sebulan / seorang. Untuk dapatkan harga yang lebih murah, daftarlah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli pada bila-bila masa.


Kredit info : 
http://www.mamafaiz.com/search/label/GLA%20Complex


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :)

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Sunday 27 April 2014

Vitamin Shaklee Bagi Ibu Mengandung

Sepanjang pregnant kan anak kedua, saya rasa saya tak se fit masa pregnant kan si kakaknya. Mungkin sebab dah kali yang ketiga pregnant kot. Supplement tambahan pun saya takde amalkan. Memang masa tu saya tak kenal langsung Shaklee. Ibarat macam tak kenal maka tak cinta la. Sekarang ni rasa rugi sangat sebab lambat betul kenal Shaklee. Nak merasa macam orang lain yang consume Shaklee mula dari pregnancy sampailah alam breastfeeding.

Pregnancy kali ni sudah pun memasuki 3rd trimester. Masalah yang sama setiap kali mengandung, anemia iaitu paras hemoglobin yang rendah. Kali ni memang nekad nak consume Shaklee.


 nampak tak HB saya naik 11.8 pada 3/32014 tu :)

Alhamdulillah sangat, paras HB saya naik bila saya mula consume Shaklee. Jadi, seeloknya saya share la pada semua ye.
Cadangan pengambilan vitamin Shaklee dari awal adalah seperti berikut :


1st trimester :
Vitalea Iron Formula
Sustained Release Vita C Plus (500mg) / Chewable Vita C Plus (100mg)
B Complex
OsteMatrix

2nd trimester :
Vitamin yang sama seperti 1st trimester dan tambahan Omega Guard

whole pregnancy :
ESP Soy Protein Isolate Powder

Apa kelebihan vitamin-vitamin ni? Mesti ada yang nak tau kan? Saya share serba ringkas ye :)

  • Vitalea mengimbangi nutrien sebab ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan.
  • Vitamin C mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.
  • B Complex penting untuk kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan (stress) dan penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.
  • OsteMatrix dapat melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis.
  • Omega Guard membantu perkembangan otak bayi.
  • ESP merupakan sumber protein dan membantu dalam pembentukan sel dan otak bayi.

Cara pengambilan yang disyorkan :

Pagi sebelum sarapan :
ESP

Selepas sarapan :
1 biji Vitalea, 1 biji B Complex, 1 biji Vitamic C (500mg) / 3 biji Vitamic C (100mg)

Sebelum tidur malam :
4 biji OsteMatrix, ESP

Nasihat pantang larang :
Adalah tidak digalakkan untuk mengambil Vitalea bersama ESP, OsteMatrix atau produk tenusu yang lain kerana kalsium tersebut akan menghalang proses penyerapan iron yang ada di dalam Vitalea.

Lapangkan masa anda untuk hubungi saya jika anda berminat :

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887