Sunday 19 October 2014

Nak kuruskan badan? ESP ke Cinch Shake Mix?

ESP dan Cinch Shake Mix memang sangat popular bagi mereka yang ingin kekal langsing. Kedua-duanya merupakan sumber protein yang hebat. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua produk ini iaitu kandungan multivitamin di dalam Cinch Shake Mix adalah lebih tinggi berbanding ESP.


Menurut pakar, Cinch Shake Mix memang direka khas bagi mereka yang ingin menguruskan badan. Akan tetapi, ESP juga berkesan jika anda ingin kurus. Kandungan leucine yang terdapat di dalam Cinch Shake Mix memang membantu dalam menguruskan badan. Kandungan leucine tersebut dirahsiakan sebagai 1 paten khas supaya tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.

Apa itu leucine?
Leucine adalah otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Dalam kebanyakan diet, anda akan kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda juga akan hilang keupayaan untuk membakar lemak dan akan merendahkan kadar metabolisme anda. Bila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti sebelum ini. Sebaliknya, berat badan anda bertambah berat.
Di dalam percubaan awal, saintis Shaklee mendapati formula yang dipertingkatkan dengan pemakanan leucine dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak. Mereka yang menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama dapat mengekalkan otot mereka.

Sesuaikah Cinch Shake Mix bagi ibu menyusu?
Kandungan kalori yang terdapat di dalam Cinch Shake Mix dikhuatiri mengganggu tumbesaran bayi. Oleh itu, ESP boleh digunakan untuk menguruskan badan dan kekal langsing bagi ibu menyusu di samping membantu dalam memperbanyakkan susu serta memekat susu ibu tersebut.

Jadi, anda tergolong dalam golongan yang mana 1? Ibu menyusu atau tidak? Sesuaikan yang mana 1 supplement yang sepatutnya anda ambil supaya ianya lebih berkesan. 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.   

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444  
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi  
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com  
SMS / Whatsapp : 013-3708887   
COD : Mersing, Johor

Saturday 18 October 2014

Peppermint-Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus merupakan supplement untuk melegakan senak perut yang terdiri daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur iaitu pudina, halia, pokok adas dan cekur manis. Ia dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.



Apa ada pada pudina, halia, pokok adas dan cekur manis?

Pudina
  • melegakan otot perut
  • mempunyai kesan penenang
  • membantu dalam penghadaman dan mabuk laut/darat
  • melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit
  • melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah
  • melegakan selera makan yang timbul akibat daripada rawatan kemoterapi
  • merangsang mengeluarkan peluh

Halia
  • merangsang enzim Salvia untuk pencernaan makanan
  • melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual ketika mengandung dan semasa berpantang
  • membantu menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita

Pokok adas
  • menghilangkan kembung perut
  • melegakan sakit perut
  • membantu masalah alergi pada saluran usus

Cekur manis
  • melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • melegakan haba pada musim panas dan lembap
  • memberi peredaran tenaga di dalam badan 

 
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.   

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444  
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com  
SMS / Whatsapp : 013-3708887  
COD : Mersing, Johor

Friday 17 October 2014

Rahsia ESP dan Zinc Complex

ESP Shaklee sentiasa menjadi pilihan ramai. Banyak sangat manfaat yang terdapat dalam ESP apatah lagi bila ia digabungkan dengan supplement lain seperti Zinc Complex.



Info lanjut tentang ESP boleh klik di sini.

Kombinasi ESP dan Zinc Complex mampu
  • menyembuhkan luka bersalin atau pembedahan  
  • menghilangkan kesan stretch marks  
  • menganjalkan perut dan tubuh menggeleber selepas kehamilan
  • sesuai untuk ibu-ibu yang rambutnya gugur selepas bersalin 
Jadi, ibu-ibu dalam pantang akan sentiasa kelihatan bertenaga, bermaya, cantik dan sihat jika mengamalkan kombinasi ini, insyaAllah :)

Maklumat lanjut mengenai Zinc Complex boleh klik di sini. 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444 
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi 
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com 
SMS / Whatsapp : 013-3708887   
COD : Mersing, Johor

Thursday 16 October 2014

Herb-Lax Shaklee - Menyokong Pelawasan Teratur

Ramuan asas Herb-Lax Shaklee adalah terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi; alfafa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culvers root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.



Setiap herba tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu :

Alfafa leaves
Membersihkan usus, darah dan hati

Senna leaves
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

Anise seed
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

Blue malva flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

Buckhorn bark 
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

Licorice root
Membantu proses detoksifikasi

Rhubarb root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

Fennel seed 
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus

Culvers root
Membantu masalah lebihan air dalam badan asma


Manfaat utama Herb-Lax Shaklee
  • pembersihan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan pembersihan secara lembut kepada najis tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
  • membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.   

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444  
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi  
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com  
SMS / Whatsapp : 013-3708887  
COD : Mersing, Johor

Wednesday 15 October 2014

AJHT Shaklee - Kesihatan Sendi Anda Terjamin

AJHT mengandungi ekstrak unik Boswellia, ekstrak jagung dan nutrien penting termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C,di mana setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.



Tidak mengandungi kondrotoin, satu bahan yang terbukti menghaalang penyerapan glukosamin. 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian dan ianya tidak langsung mengandungi sumber haiwan.


Ekstrak Boswellia
Ekstrak Boswellia terbukti secara klinikal , mampu meningkatkan keselesaan sendi de dalam jangkamasa seawal 5 hari. Ia mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi.


Ekstrak Jagung
Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, kompenen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.


 

Vitamin C
AJHT membekalkan 100% nilai harian vitamin C; satu nutrien yang diperlukan bagi sintesis kolagen.

Zink, tembaga dan mangan
Mineral surih yang diperlukan untuk membina tisu penghubung.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.  

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444 
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi 
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com 
SMS / Whatsapp : 013-3708887 
COD : Mersing, Johor

Sunday 12 October 2014

Kombinasi ESP dan Ostematrix Shaklee

ESP dan Ostematrix Shaklee merupakan supplement terbaik bagi ibu hamil, berpantang dan menyusu kerana ESP sumber protein manakal Ostematrix adalah sumber kalsium.



Protein dan kalsium merupakan 2 nutrien penting bagi ibu hamil, berpantang dan menyusu. Anda boleh klik di sini untuk info ESP dan klik di sini untuk info Ostematrix.

ESP memang menyeluruh khasiatnya. Memang banyak sangat kebaikannya.  Lebih-lebih lagi, bulan ni promo Shaklee adalah giliran ESP. Beli 6 canister ESP, percuma 1 canister ESP. Berbaloi sangat.


Testimoni :



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Saturday 11 October 2014

Garlic Complex Shaklee

Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiivaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat.


Kajian makmal menunjukkan yang Allicin; sebatian yang terdapat dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam :
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting
  • formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk Allicin
  • menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Friday 10 October 2014

DTX Complex - Perlindungan Hati Anda

DTX Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat. Perbezaan Shaklee dengan produk lain, ia mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik; ekstrak biji benih pokok susu tisel, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan artichoke.
 



Apa manfaat yang ada dalam bahan-bahan tersebut?

Ekstrak biji benih pokok susu tisel
  • proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin di mana ianya kaya dengan bahan antioksida
  • melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • membantu mencegah dan merawat batu karang
  • membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema


Cendawan reishi
  • membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis
  • merawat sindrom keletihan yang kronik
  • membantu mencegah penyakit jantung

Schizandra chinensis
  • mengandungi bahan antioksida
  • merangsang sintesis protein
  • meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
  • memperlahankan pembentukan toksin

Dandelion
  • membantu fungsi hati dan sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu
  • membantu mencegah batu karang
  • membantu merawat endometriosis
  • bertindah sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi bagi melawan anemia
  • melawan tumor dan kanser
  • merendahkan paras gula dalam darah
  • baik untuk masalah kekembungan dan lebihan air

Kunyit
  • mengandungi curcumin; bahan antioksida
  • meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

Artichoke
  • membina semula sel-sel hati
  • merangsang pengaliran hempedu

Banyak kan manfaat dalam bahan-bahan ni. Tapi perlu diingat, produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Ianya hanya makanan tambahan yang bercirikan sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Anda boleh ikhtiar, insyaAllah, selebihnya berserah kepada Allah swt.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Thursday 9 October 2014

Hilangkan Parut Dengan ESP dan Vitamin E

Kulit anda bermasalah? Berparut? Sangat ketara parutnya?
Anda boleh cuba ESP dan Vitamin E Shaklee. InsyaAllah, kesannya sangat hebat.


Kenapa ESP?
ESP merupakan sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ianya turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral dan sangat sesuai bagi semua peringkat umur. Protein sangat penting untuk :
  • membina sel-sel baru
  • merawat sel-sel rosak
  • menggantikan sel-sel lama

Bagaimana pula dengan Vitamin E?
Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yang paling lengkap di pasaran. Ianya mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Info tambahan anda boleh klik di sini.

Salah satu manfaat Vitamin E adalah membantu memperbaiki parut. Ia juga membantu dalam memperbaiki bengkak dan ulser kulit.

Selain untuk kesihatan dalaman, anda juga boleh cuba buat masker ESP dan Vitamin E. Hasilnya memang best. Caranya? Klik di sini. Dalaman dan luaran terjaga tau :)

Testimoni :



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com 
SMS / Whatsapp : 013-3708887 
COD : Mersing, Johor

Wednesday 8 October 2014

Sesuaikah ESP untuk Pesakit Diabetes/Kencing Manis?

ESP Shaklee merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 



ESP Shaklee merupakan minuman soya yang mempunyai paras indeks glisemik yang rendah di mana ia dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah kekal normal.

Indeks glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap indeks glisemik yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. 

Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
 
Oleh itu, ESP Shaklee mampu untuk membantu pesakit diabetes mengawal paras gula dalam darah serta mengurangkan risiko komplikasi.
 
 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 
 
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Tuesday 7 October 2014

Lecithin Shaklee Pengemulasi Semulajadi

Tahukah anda bahawa setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 3.1gram kolina yang kaya dengan lesitina termasuk 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol. Akademi Sains Kebangsaan (The National Academy of Sciences) menyatakan kolina amat penting dalam diet harian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee juga berasaskan kekacang soya semulajadi. Lecithin ini sering diambil oleh mereka yang ingin mengawal berat badan kerana fungsinya sebagai pemecah lemak dan ia juga selamat diamalkan oleh ibu menyusu yang ingin berdiet secara sihat.



Kebaikan Lecithin Shaklee (Sumber : http://superbvitamin.blogspot.com/2013/02/lecithin-shaklee-yang-best.html)
  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. Lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. Ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru-paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit dan rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Monday 6 October 2014

ESP Shaklee - Soya Non GMO Terbaik

Soalan yang sering diutarakan, adakah ESP Shaklee merupakan supplement berasaskan soya yang selamat? Jawapannya sudah tentu YA sebab ESP Shaklee berasaskan Soya Non GMO.

Sebelum saya kongsikan info mengenai Non GMO, mari kita fahamkan dulu konsep GMO.






GMO

Daripada Wikipedia :


Organisma terubah suai secara genetik (Genetically Modified Organism atau GMO) adalah organisma yang bahan genetiknya telah diubahsuai dengan menggunakan teknik, dalam bidang genetik, biasanya dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA. Teknologi penyatuan semula DNA adalah keupayaan untuk mengabung molekul DNA daripada pelbagai sumber menjadi satu rantaian molekul dalam tiub pengujian. Dengan itu, keupayaan atau phenotaip organisma itu, atau kandungan protein yang dihasilkannya, boleh diubah melalui penukaran gennya.



Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.

Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.


Adakah GMO selamat? 

Negara-negara yang paling maju tidak menganngap GMO selamat. Lebih daripada 60 buah negara seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan semua negara-negara di kesatuan Eropah, mengharamkan secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Secara mudahnya, pada tumbuhan teknik ini memberi kebaikan untuk kekebalan pokok tapi kepada manusia, ia akan memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk kesihatan.



Non GMO 

Non GMO pula adalah bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi, inilah jawapannya kepada soalan mengapa ESP Shaklee merupakan sumber protein berasaskan soya selamat digunakan. Ianya diuji secara klinikal dan mengandungi kualiti protein yang sangat tinggi pernah dihasilkan. Penghasilannya menggunakan suhu yang rendah dan setiap canister (850 g) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera yang boleh bertahan lama.

Pilihan di tangan anda. Anda yang tentukan kehidupan berkualiti anda dengan kesihatan yang optimum. 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Sunday 5 October 2014

Cinch Shake Mix Shaklee

Cinch Shake Mix Shaklee terdiri daripada 3 perisa iaitu :
  • Chocolate Shake Mix (765 gram)
  • Vanilla Shake Mix (720 gram)
  • Caffe Latte Shake Mix (750 gram)


Cinch Shake Mix Shaklee merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa berasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam mengurangkan berat badan supaya kekal langsing dan menawan.

Di antara kelebihan Cinch Shake Mix ini adalah :
  • rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh 1 hidangan
  • diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan, membakar lemak yang tidak dingini dan mengurangkan inci yang ingin dikurangkan
  • mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan untuk membuat anda sentiasa kenyang
  • kandungan serat yang tinggi; 6 gram dalam setiap sajian 
  • mempunyai nilai glisemik indeks yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
  • memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
  • tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan
  • berasaskan soya yang tidak diubahsuai genetiknya (Non GMO)
Perbezaan Cinch Shake Mix Shaklee dengan produk keluaran dari segi kandungan :


Selamat mencuba. Pilihlah perisa yang anda gemari, yang penting, setiap perisa memang sedap! 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor

Saturday 4 October 2014

Soya ESP Dibasuh Dengan Air, Bukan Alkohol

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Perbezaan ESP Shaklee :
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
(Sumber : http://shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/esp-soy-protein-isolate-powder/)


Fakta yang anda perlu tahu, dalam menghasilkan ESP, kandungan utamanya iaitu soya tidak dibasuh dengan alkohol seperti produk soya yang lain, malah ianya dibasuh dengan air yang bersih. Hal ini akan menyebabkan kandungan isoflavones yang sangat bermanfaat musnah. Isoflovanes ini sangat penting dalam pencegahan kanser. Dengan ESP Shaklee bukan sahaja isoflavones yang terkawal, malah genistein dan daidzein serta keseluruhan kebaikan soya juga terkawal.

Antara kebaikan isoflovanes selain bagus dalam mencegah kanser adalah :

  • Meringankan gejala menopos
  • Mengurangi risiko serangan jantung 
  • Perlindungan terhadap gangguan prostat 
  • Meningkatkan kesihatan tulang  

Info tambahan (Sumber : http://www.mamafaiz.com/2014/10/esp-shaklee-soya-non-gmo-dan-dibasuh.html)

Kebaikan Genistein - mengekang pertumbuhan kanser, memusnahkan radikal bebas, baik untuk pemulihan uterus, ovari dan menopos


Kebaikan Diadzein - anti tumor, anti estrogern; yang berguna untuk wanita menopos. 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444

PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor 

Collagen Powder Shaklee Untuk Si Awet Muda

Collagen Powder Shaklee merupakan supplement kolagen yang hebat kerana ia mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen. RSS Collagen merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Selain itu, ia juga dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti ekstrak biji benih  Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang, Lactobacillius Acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
 

Di antara khasiat Collagen Powder ini :
  • menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
  • mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • menjadikan kulit lebih putih dan licin
  • menggalakkan kuku menjadi lebih kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • membantu menegang dan menganjalkan payudara

RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasilnya tekstur keseluruhan kulit akan menjadi lebih baik dengan peningkatan lebih kurang 71% .

Testimoni :




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma. 

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
 
COD : Mersing, Johor

Friday 3 October 2014

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

Cinch Energy Tea Mix merupakan campuran teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung orang Jepun) yang dituai dengan teliti. Ianya dibuat tanpa bahan pemanis dan mengandungi 28 sachet sekotak.






Di antara kebaikan Cinch Energy Tea Mix ini adalah :
  • Merupakan bahan antioksidan
  • Membantu mengawal kerosakan DNA
  • Membantu menurunkan paras kalori dalam kolesterol
  • Memberikan stimulasi tenaga
  • Membantu membakarkan lemak
  • Membantu untuk detox
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
  • Antibakteria dan antiviral
  • Menggalakkan kulit yang sihat
  • Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
  • Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
  • Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
 
Testimoni :



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
 
COD : Mersing, Johor

Thursday 2 October 2014

ESP dan Alfafa - Alternatif Milk Booster

Ibu yang menyusu sering mengambil mana-mana milk booster atau penggalak susu bagi menjayakan serta melancarkan penyusuan bayi mereka. Ada yang mengamalkan beberapa pemakanan, malah ada juga yang mengamalkan supplement sebagai milk booster.

Bagi ibu yang menyusu, terdapat 2 produk Shaklee yang boleh anda jadikan sebagai milk booster iaitu ESP dan Alfafa.


Kenapa ESP dan Alfafa? 

ESP merupakan protein soya Shaklee yang bertindak sebagai milk booster terhebat dan kesannya boleh dirasakan seawal minggu pertama penggunaan dengan ibu menyusu yang perlu konsisten mengepam dan minum air kosong secukupnya. Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang kekal dan sempurna. ESP juga membantu mencantikkan serta menganjalkan kulit ibu dan bayi.  

Alfalfa sememangnya sejenis herba yang telah digunakan oleh masyarakat Barat sejak beratus tahun dahulu untuk kesihatan dan juga sebagai milk booster kerana ia mengandungi banyak nutiren penting dan pelbagai seperti vitamin A, K, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Vitamin-vitamin seperti ini sangat penting dalam tumbesaran perkembangan yang sihat. Bagi bayi yang menghidapi G6PD, si ibu dilarang untuk mengambil Alfafa ini.

Akan tetapi, harus diingat bahawa kedua-dua produk ini sekadar supplement. Anda perlu meneruskan konsep supply vs demand. Jadual pumping anda harus dijaga dan breast anda perlu dipam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Anda juga perlu minum air kosong paling kurang 3 liter sehari.

Testimoni :





Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.
 
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor