ramadhan bulan yang mulia datang lagi. setahun hanya sekali
sebelum kegembiraan syawal disambut. alhamdulillah, aku masih lagi diberi
kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan.
hari pertama puasa adalah hari yang sangat-sangat mencabar. mungkin
sebab ramadhan kali ni bermula dengan hari sabtu, hari yang tidak bekerja. bila
tak kerja, of course la fahim akan direct feed dengan aku je. puasa kali ni
merupakan puasa kali pertama aku berpuasa dengan menyusukan fahim sepenuhnya. dulu
masa iqa, usianya hampir 7 bulan lebih semasa tahun pertama kelahirannya. dia dah
mula makan dan dah mula dengan susu formula di rumah pengasuh.
hari pertama tu aku cuma pam seawal pagi je, dapatlah 9oz. alhamdulillah,
dapat aku tambah stok EBM. tapi aku betul-betul flat hari pertama ni. jam baru
pukul 4.30pm aku dah merengek-rengek macam budak kecik. haha..
hari kedua plak, tak la seteruk hari pertama. siap boleh
kemas rumah semua. tak tau la macam mana boleh dapat tenaga extra macam ni di
bulan puasa ni. supplement yang aku amalkan cuma Set B Shaklee – Vitamin B
Complex, Vitamin C, Vitalea dan Alfafa. pam pun aku ngelat, pagi-pagi pukul
8.30am tu je la aku pam dan dapatlah aku 8oz.
tiba malam hari, aku termenung depan fridge. sepatutnya hari
bekerja aku kena supply 24oz susu – 6 botol, 4oz setiap satu pada setiap hari. tapi
susu chilled EBM cuma ade 8oz je. aku kena cuba usahakan untuk pam 2 kali malam
tu. cubaan pertama pukul 1.30am selepas fahim menyusu. kesian, aku pam cuma dapat
1oz kanan, 1oz kiri je. baru ada 10oz. pujuk diri sekali lagi, aku mesti cuba
untuk pam seawal subuh nanti.
aku bangun sahur dalam pukul 5.00am. lepas sahur
berderet-deret keje rumah aku kena settle kan. mana nak iron baju. mana nak
kemas dapur. nak siapkan beg anak-anak lagi. last-last tak sempat pun nak pam. terpaksa
la korbankan stok frozen EBM 14oz untuk tambahkan dengan yang chilled EBM ni. semalam
masukkan 9oz, hari ni kuarkan 14oz. bagussss!
Ye, ye..aku salah. weekend je aku mesti failed nak pam untuk
stok :(
hari ketiga berpuasa di tempat kerja. alhamdulillah, tadi
pam pukul 10.00am dapatlah aku 6oz. sepatutnya aku boleh dapat 8oz. tapi
mungkin jugak kesan daripada hari sabtu dan ahad tak pam sangat, maka susu pun
merajuk la. pukul 3.30pm tadi aku pam, hasilnya amatlah memberangsangkan, 8oz
aku dapat. malam ni kena la aku menambahkan susu ni, aku perlu supply
sekurang-kurangnya 10oz untuk fahim esok. Stok frozen EBM dah tak banyak dah
sejak nursery mintak aku tambah dari 3oz ke 4oz setiap botol.
pemakanan memang mainkan peranan. tak cukup lagi ni
pemakanan yang aku ambil hari-hari. rasa-rasa aku perlukan susu dalam diet aku
dan aku aim susu Anmum Lacta. kenapa aku pilih Anmum Lacta? sebab Anmum Lacta
dirumus khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayinya terutamanya dalam
membekalkan pelbagai nutrien iaitu Gangliosides, Sialic Acid, DHA, Inulin dan
vitamin serta mineral penting yang lain.
No comments:
Post a Comment