KENALI SHAKLEE

Shaklee merupakan peneraju utama industri nutrisi. Shaklee adalah bukti kejayaan perniagaan MLM (lebih 58 tahun).

Shaklee Corporation ditubuhkan pada tahun 1956. Ianya adalah syarikat jualan langsung pertama di dunia. Ibu pejabat Shaklee terletak di Pleasanton, California.

Pengasas Shaklee adalah Dr. Forrest C.Shaklee. Beliau telah mencipta produk untuk meningkatkan kesihatan manusia. Pada tahun 1915, Dr Forrest telah mencipta multivitamin pertama yang diberi nama Vitamized Minerals dalam bentuk cecair. Pada tahun 1960, Dr Shaklee telah mencipta pencuci biodegrasi pertama iaitu Basic H. Selepas itu, pada tahun 1961, beliau mencipta protein segera yang pertama di dunia, yang sekarang lebih dikenal sebagai ESP. 


Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi yang pertama di Amerika Syarikat dan merupakan jenama yang paling dipercayai dalam industri nutrisi. 

Pengerusi Shaklee (2004-2015) ialah Roger Barnett, billionaire yang berasal daripada keluarga usahawan. Dengan ilmu serta pengalaman yang beliau perolehi, beliau memiliki beberapa perniagaan seperti Burberry, Beauty.com dan banyak lagi.

Di Malaysia, Shaklee mempunyai 7 cawangan; Sunway Pinnacle (HQ), Sri Rampai Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bahru dan Kota Kinabalu. Shaklee Malaysia mempunyai pencapaian yang menakjubkan dengan perkembangannya melebihi 300% sejak 3 tahun lepas.

Perbezaan Shaklee, SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM.

No comments:

Post a Comment