Friday, 20 June 2014

Vitamin B Complex Shaklee Menggemukkan?

Benarkah Vitamin B Complex Shaklee menggemukkan? Ramai yang takut untuk consume Vitamin B Complex Shaklee bila dicadangkan. Jangan risau, mari baca info yang saya kongsikan kali ini :)



Vitamin B Complex bersifat larut air dan menyediakan tenaga daripada karbohidrat serta menukarnya kepada glukos. Vitamin B Complex juga merupakan asas tenaga kepada metabolisme protein dan lemak. Semua Vitamin B Complex saling bekerjasama dan amat penting untuk kita mengambil kesemua 8 jenis Vitamin B Complex secara serentak pada masa yang sama. Vitamin B Complex dan penurunan berat badan adalah saling berkait rapat tetapi ia hanya akan berlaku apabila kita mengambil kesemua 8 jenis Vitamin B Complex.
 
Vitamin B Complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu :
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic Acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic Acid (B-9)
  • Cobalamin (B-12)
  • Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
 
 
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan Vitamin B Complex boleh menggemukkan kerana Vitamin B Complex akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.
  
Vitamin B Complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B Complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna. Maka penambahan berat badan akan berlaku.
 
Apabila keperluan Vitamin B Complex dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.
 
Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B Complex dapat diserap oleh badan dengan optimum.
 
TIPS:
Vitamin B Complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan Vitamin B Complex  akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..

Kredit info :
http://nurhananizawawi.blogspot.com/2013/07/b-complex-menggemukkan-mitos-atau-fakta.html


Info harga dan kuantiti :

B Complex berharga RM53.75 sebotol dan mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan / seorang.
 
Untuk dapatkan harga yang lebih murah, daftarlah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli pada bila-bila masa.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :)
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

No comments:

Post a Comment