Saturday 10 November 2012

prolonged jaundice - part 3

Apa itu MCUG test?
 
Micturating cystourethrogram (MCUG) is a procedure used to study the bladder rather than the kidneys. MCUG is used to check your child does not have vesicoureteral reflux (a condition where urine leaks back up from the bladder towards the kidneys).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

itu adalah penerangan secara ringkas. dan fahim telahpun melalui fasa ini.

kronologinya bermula pada 10/9/2012. kami diminta datang ke hospital untuk prosedur yang 1 ini. sepatutnya prosedur dijadualkan pada awal pagi, tapi kami ada urusan lain, kami minta untuk dijadualkan pada sebelah petang.

pukul 2 kami sampai di kaunter untuk pendaftaran, kemudian ke klinik pediatric untuk pemasangan tiub kecil di saluran kencingnya dan kami diminta tunggu di luar bilik prosedur. meruntun-runtun hati aku ni, sayu sangat bila dengar fahim nangis mendayu-dayu. kalau lah aku diberi pilihan untuk menggantikan tempatnya, aku sanggup! wallahi...sungguh aku sanggup!

hampir pukul 4 fahim diserahkan kepada kami semula untuk dibawa ke imaging sambil dibekalkan ubat tidur supaya sepanjang prosedur ini dijalankan dia dalam keadaan yang tidak sedar. belum pun ubat habis dimakan, dia sudah pun terlelap. mungkin juga dia kepenatan dan mungkin juga kerana ubat yang dimakan tu.

tapi yang pasti, selepas dia dibawa masuk ke dalam imaging room, aku dengar suara dia menangis. lepas tu diam, lepas tu nangis balik. dalam pukul 4.40, aku dipanggil masuk dan ketika itulah, aku diberitahu test pada hari itu tidak berjaya. sebab paling utama, hospital kerajaan kan, diorg dah nak balik pukul 5. sebab yang kedua, fahim tidak tidur sepenuhnya. dan aku diberi tarikh baru iaitu esok 11/9/2012 untuk lakukan ujian ini sekali lagi. WHATTTTT??? untuk dengar fahim nangis sakit lagi? ohhh..tidakkk!

aku sedar, aku perlu rasional dan berfikiran positif pada masa tu. keputusan untuk teruskan buat prosedur ni tidak boleh diambil ringan. kalau dah sampai tahap ini, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. aku perlu tau dan pastikan anak kecil ini tiada masalah. tidak mengalami putaran kencing terbalik ataupun masalah-masalah lain. dalam masa yang singkat itu, aku perlu berikan jawapan, dan aku setuju untuk datang semula pada esoknya. keluar sahaja dari situ, bertubi-tubi aku perlu bersoal jawab dengan en abg. aku yakinkan dia untuk buat sekali lagi ujian ini.

 kepenatan selepas berhempas pulas dengan nurse..sian dian :)

esoknya pukul 9 pagi aku dah sampai. sama sahaja fasa-fasanya; kaunter-pediatric-imaging. pukul 10 lebih siap semua. kejap dan mudah kan? kenapa semalam tak macam ni pun. past it past. just move forward. aku diminta untuk datang lagi sebulan selepas tu untuk review result bersama doktor.

11/10/2012 kami datang bertiga. bagi aku, sokongan perlu ada antara kami sekiranya ada apa-apa yang berlaku. tapi sayang, buang masa sahaja aku datang. alasan yang aku terima, result belum ready. sebagai sebuah hospital kerajaan yang telah menggunakan sistem, dan aku sebagai seorang yang bekerja di line ini, aku memang tak boleh langsung nak tolerate. tempoh sebulan dari tarikh test dilakukan masih belum cukupkah untuk result tu dikeluarkan pada hari ini?

kami diminta datang semula pada 1/11/2012, tarikh baru hanya untuk review result. aku rasa aku ada hak sebagai seorang pengguna kemudahan di negara sendiri. jadi, sebelum tarikh itu, aku call dulu ke klinik untuk bertanyakan hal result ini. aku tak nak terkena lagi, buang masa untuk datang review result, tapi result tak ready lagi. alasan yang memang aku tak boleh nak terima.

ohoooooo...sehari tu aku bertekak dengan nurse. sehingga kan sampai suara aku naik lah. soalan yang tak masuk akal, dia tanya aku betul ke aku ada datang untuk buat test ini sebab result takde pun dalam sistem. bila aku soalkan perlu ke aku sendiri yang call ke imaging, baru tau nak takut. petang tu, aku terima panggilan dari nurse yang sama, result dah ready dan aku boleh datang 1/11/2012 untuk jumpa doktor.

seperti biasa, tunggunya lama, jumpa doktor hanyalah dalam masa 10 minit. aku faham, hospital kerajaan kan, pesakit ramai dan murah. alhamdulillah, MCUG test ke atas fahim semuanya ok, positif, tiada masalah. cuma kami perlu datang lagi pada 27/2/2013 untuk buat kidney ultrasound untuk mengesan ada lagi ke bengkak di kedua-dua buah pinggangnya.

moga-moga bengkak di kedua-dua buah pinggangnya sudah takde lagi. harapan aku nan 1, berilah anak-anakku kesihatan yang berpanjang Ya Allah, moga nanti bila jasad ku dijemput pulang olehMu, mereka boleh teruskan kehidupan mereka tanpa menyusahkan sesiapa.