Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Tuesday, 2 December 2014

Promo Bertingkek-tingkek Dec 2014

Kalau dapat dua, orang panggil DOUBLE
Kalau dapat tiga, orang panggil TRIPLE
Tapi kalau empat, kita panggil promo yang BERTINGKEK-TINGKEK

Boleh? Boleh kan je la.

Anda beli :

6 Vitamin C percuma 1 Vitamin C
2 Vitamin C dapat 5% diskaun

6 Vitamin E percuma 1 Vitamin E
2 Vitamin E dapat 5% diskaun

Vitamin E dan Vitamin C ni sangat terkenal dengan fungsinya yang bagus untuk kulit. Inginkan kulit gebu mulus bebas jerawat serta jeragat? Hubungi saya segera.








Saturday, 8 November 2014

Kombinasi Terbaik Omega Guard

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Asid Eikosapentanoik), DHA (Asid Dokosaheksanoik), ALA (Asid O-Linolek) dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. 1 hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega 3.

Berikut merupakan cadangan kombinasi Omega Guard bersama produk Shaklee yang lain yang boleh dijadikan panduan kepada anda :



1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout 

2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak
• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir 

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti 

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat 

5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Keishatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki 

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming 

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma 

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
• Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut 

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati 

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema 

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakann kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Melegakan sakit2 sendi 

13) OMEGA GUARD + SR VITA C
• Manfaat kesihatan kulit
• Meringankan asma
• Meringankan eczema
• Meningkatkan system pertahanan badan
• Meringankan batuk dan selsema
• Kawalan kolesterol
• Mempertingkat kecerdasan mental
• Kecantikan
• Bermanfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
• Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak 

14) OMEGA GUARD + VITA E COMPLEX
• Kesihatan jantung
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki
• Mencegah salur darah dari tersumbat 

15) OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
• Kawalan diabetes
• Meningkatkan sistem imun
• Kesuburan lelaki
• Kesihatan kulit 

16) OMEGA GUARD + MEAL SHAKES
• manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
• meningkatkan kesihatan
• menguatkan daya ingatan dan tumpuan
• memberi tenaga dan selera
• meningkatkan daya tumpuan

Sumber info : http://asyrafanisah.blogspot.com/2013/12/ohh-omega-guard-keperluan-semua.html 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.


Thursday, 25 September 2014

Set Kencing Manis/Diabetes Shaklee

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes utama :
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk :
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/diabetes-mellitus

*********************************************************

Terdapat beberapa supplement Shaklee yang boleh diambil untuk pesakit kencing manis ini iaitu :



GLA COMPLEX 
- menghalang komplikasi diabetes
- merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua
- meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX 
- menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC 
- membantu pengeluaran insulin
- mengekalkan fungsi insulin
- memperbaiki diabetes

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda juga boleh menambah : 

VITA-LEA 
- mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap 

VITAMIN C 
- mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP 
- membantu mengawal kandungan gula dalam darah
- mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA
- menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX
- menghalang penglihatan kabur

Anda juga boleh cuba untuk mengamalkan pengambilan VIVIX sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar kerana ianya memang bagus untuk pesakit kencing manis dan ia boleh bertahan sehingga 45 hari. 


Testimoni pengguna :




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.  

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

COD : Mersing, Johor

Friday, 19 September 2014

Set Berpantang Shaklee

Sekarang ni ramai yang lebih suka menggunakan vitamin semasa berpantang berbanding dengan jamu. Masing-masing punya pilihan kan. Supplement dari Shaklee juga boleh di amalkan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang. 



Cadangan supplement yang boleh diamalkan adalah :

Vita-Lea
* Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil Vita-Lea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yang  kita  tak boleh makan, jadi tenaga kita akan berkurangan.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu mengambil makanan yg seimbang
dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
* Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Pengambilan zat besi adalah sgat penting semasa penyusuan
* Vita-Lea tak boleh diambil dengan minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita.
* Kekurangan B Complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.
* Membantu badan lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kepada tenaga

Zinc Complex
* Ibu-ibu yg tidak memakan ikan haruan atau pati ikan haruan Zinc Complex adalah pengganti yg tepat 
kepada makanan tersebut.
* Zink merupakan galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka terutama luka dalaman (rahim)
* Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan
baik.
* Mengurangkan masalah keguguran rambut. 
* Memabntu masalah kedinginan selepas bersalin.

Vitamin C
* Meningkatkan antibodi badan secara
konsisten.
* Vitamin C sangat diperlukan dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix
Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.

Sumber : http://superbvitamin.blogspot.com/2012/11/set-bersalinberpantang-shaklee.html

Set Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi kerana produknya yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887  
COD : Mersing, Johor
 

Wednesday, 17 September 2014

Set Breastfeeding Shaklee

Ramai mempunyai kesedaran mengenai breastfeeding sekarang ni. Banyak kebaikan breastfeeding pada si ibu dan anak. Mata bertentang mata, bertukar senyuman, pelukan yang erat, Allahuakba, nikmat sungguh perasaan itu.

Alhamdulillah, ketiga-tiga anak saya merasa rezeki kurniaan Allah ini. Sekarang ni, saya masih lagi dalam fasa breastfeeding anak yang ketiga. Selagi rezeki itu ada, insyaAllah ia tetap menjadi hak si anak.

Apabila proses breastfeeding berlaku, si ibu akan mengalami kekurangan sedikit nutrisi di dalam badan lebih-lebih lagi protein dan kalsium. Oleh itu, untuk menjayakan fasa breastfeeding ini, supplement yang bagus amatlah digalakkan.

Terdapat beberapa vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk membantu menambahkan keperluan nutrien tubuh badan.




Kenapa anda sebagai si ibu perlukan supplement ini? Sebabnya :

1. ESP - merupakan pembekal protein untuk ibu dan susu
2. Vitalea - membantu ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga
3. Vitamin C - antioksidan dan meningkatkan sistem imun badan
4. B Complex - meredakan stress, menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat
5. Alfafa - pelbagai faedah kesihatan dan merupakan milk booster
6. Ostematrix - membekalkan kalsium yang bagus untuk badan dan susu ibu 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887  

COD : Mersing, Johor

Monday, 8 September 2014

Supplement Shaklee untuk Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang paling ditakuti. Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, hypertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Hypertensi atau tekanan darah tinggi boleh disebabkan oleh :
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

 Supplement Shaklee yang boleh dicadangkan adalah : 
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.

Perlu diingat, setiap produk yang dicadangkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ianya hanyalah sebagai supplement tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seseorang.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.


Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
 
COD : Mersing, Johor

Thursday, 4 September 2014

Supplement Shaklee Bagi Penghidap Resdung

Apa itu resdung?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
 
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.  

Resdung atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

 

Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk penghidap resdung ini ialah Alfafa Complex, B Complex dan Vitamin C dari Shaklee.





Jika inginkan kesan yang lebih bagus, anda digalakkan untuk menambah 2 lagi supplement iaitu ESP (Soy Protein Isolate Powder) dan Vitamin E.

ESP dapat mempercepatkan penyerapan supplement yang diambil. ESP juga membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih gebu. Gabungan ESP dan Vitamin E dapat membantu memudarkan parut di kulit.

TIPS : Selain dimakan, Vitamin E juga boleh disapu di sekeliling muka semalaman bagi membantu mengecutkan jerawat akibat resdung yang tumbuh di muka. Buat masker ESP + Vitamin E pun boleh. Rujuk di sini untuk mendapatkan langkah-langkah membuat masker ESP + Vitamin E.


 
Info harga dan kuantiti :
Alfafa Complex (S) berharga SM RM53.75 / SS RM56.25 sebotol dan mengandungi 330 biji.
Alfafa Complex (L) berharga SM RM97.50 / SS RM102.50 sebotol dan mengandungi 700 biji.
B Complex berharga SM RM53.75 / SS RM56.25 sebotol dan mengandungi 120 biji.
Vitamin C berharga SM RM92.50 / SS RM97.50 sebotol dan mengandungi 180 biji.
ESP berharga SM RM150.00 / SS RM155.00 setong 850g.
Vitamin E berharga SM RM149.00 / SS RM154.00 sebotol dan mengandungi 120 biji.

Untuk dapatkan harga yang lebih murah, daftarlah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli pada bila-bila masa.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.
 
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887 
COD : Mersing, Johor


Monday, 19 May 2014

Sihat dan Cantik dengan Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Sebagai 1 antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.



Manfaat utama pengambilan Vitamin C Shaklee ini adalah :

  • Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan vitamin C setiap hari akan membuatkan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki imsomnia - Ia memperbaiki imsomnia dan membantu menghindari masalah stress berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Banyak kan manfaat dia? Nak sihat dan cantik bersama Shaklee, hubungi saya untuk sebarang konsultansi dan pembelian :)

Info harga dan kuantiti :
Vitamin C mengandungi 180 biji tablet untuk kegunaan 6 bulan / seorang.
Berharga  SM: RM92.50 | SS: RM97.50 sebotol

Untuk dapatkan harga yang lebih murah, daftarlah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli pada bila-bila masa.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 30 April 2014

Mari Cantik bersama Shaklee

Shaklee ni ada bermacam-macam supplement. Kombinasi antara beberapa supplement tu boleh menghasilkan keberkesanan yang lebih meletup. Kali ni, saya nak kongsikan serba sedikit kelebihan beberapan supplement yang boleh diamalkan bagi mereka yang inginkan kulit cantik menarik tertawan :)

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri




Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, pengambilan ESP sangat digalakkan. Asid amino yang terdapat di dalam ESP merupakan kunci kepada wajah awet muda. ESP ini berfungsi dalam merangsang pembentukan semula kulit dan otot.

Info harga dan kuantiti :

1. Vitamin E berharga RM149.00 sebotol dan mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan / seorang.
2. Sustained Release Vita-C berharga RM92.50 sebotol dan mengandungi 180 biji untuk kegunaan 6 bulan / seorang.
3. B Complex berharga RM53.75 sebotol dan mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan / seorang.
4. ESP berharga RM150.00 sebotol dan mengandungi 850gram.

Untuk dapatkan harga yang lebih murah, daftarlah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda layak membeli barangan Shaklee dengan harga ahli pada bila-bila masa.


Kredit info :
http://superbvitamin.blogspot.com/2013/03/set-kecantikan-kulit-shaklee-untuk.html

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :)

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887