Sunday 27 October 2013

Meal Shakes semakin hari, semakin cinta

Anak-anak aku adalah pengguna tegar Meal Shakes. Setiap pagi, aku akan campurkan 1 sudu teh Meal Shakes ke dalam susu fahim dan 1 sudu teh Meal Shakes lagi ke dalam milo iqa.

Fahim kulitnya agak sensitif. Yang aku perasan, ruam-ruam akan naik kalau dia berpeluh. Abis merah sana sini. Kat leher, pelipat lengan dan kaki semua kena. Lepas tu dia akan garu dan merengek-rengek gatal dan pedih.

Testimonial di bawah adalah selepas seminggu fahim consume Meal Shakes. Memang puas hati sangat sebab hasilnya memang superb. Alhamdulillah, syukur sangat :) 




Nampakkan gambar yang selepas tu betapa bersih kulit dia. Meal Shakes memang kaya dengan protein dan ia membantu membina semula sel yang lebih sihat.

Tak rugi cuba kalau ianya sangat berkesan :)



Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Friday 25 October 2013

Dalam hati ada taman

Minggu ni minggu exam di tadika si kakak. 

2 hari lepas, masa ambil dia di tadika, dia nangis mendayu-dayu, siap teresak-esak lagi. Duduk je sebelah cikgu maths dia tak nak bangun-bangun. Sampai aku kena masuk dalam tadika tu nak pujuk dia balik. Gaya macam orang yang sedih sangat-sangat lah. Hati ni dah tak sedap. Tau sebab apa dia sedih sangat?

Dia sedih, rasa bersalah sangat bila cikgu maths dia tu dok sakat yang maths dia tak dapat 100%. Sebenarnya dia dapat 100%, tapi saje je cikgu dia sakat dia. Tak makan pujuk pun. Menangis-nangis macam sedih sangat lah.

Bila tau cite, aku nak gelak. Tapi jadi tak sampai hati bila dia beria-ia sedih macam tu. Terus pujuk dia, "walaupun kakak tak dapat no 1 lagi untuk tahun 6 ni nanti, mana la tau kan sebab cikgu tak abis kira lagi, mama dengan papa tak kisah sebab tau kakak dah cuba buat yang terbaik". Baru lah cool sikit. 

Dia ni dari umur 4 tahun lagi aku masukkan ke tadika yang sama. Hajat hati nak masukkan tadika masa umur dia 5 tahun, tapi dia sendiri yang mintak nak ke sekolah. Boring agaknya dok umah pengasuh. Tadika dia tadika yang biasa je di Putrajaya ni. Maksud aku, bukan lah tadika yang ada nama yang gah macam s***t r****r tu. Masa exam setengah tahun 4 tahun tu, dia dapat no 11. Ala, budak-budak kan. Aku tak letak harapan tinggi menggunung pun. Biarlah dia main-main dulu. Sambil-sambil tu, aku dengan husband belikan la buku sikit-sikit yang sesuai dengan umur 4 tahun. Lepas tu, exam akhir tahun, dia dapat no 1. Alhamdulillah.

Umur 5 tahun, exam tengah tahun dan akhir tahun, still dapat no 1. Exam tengah tahun hari tu pun, no 1 lagi. Jadi, bila cikgu maths dia sakat macam tu, memang touching abis la. 

Dah besar kot anak dara aku ni. Dalam hati dah mula ada taman la tu, sensitif kemain :)

Saturday 19 October 2013

Cirit-birit - Part 2

Pengalaman cirit-birit yang kedua fahim disahkan oleh doktor berpunca daripada alahan susu. Kejadian berlaku lebih kurang sebulan yang lepas. Fahim start minum susu formula masa dia umur 7 bulan lagi sebab keadaan aku yang tersangat stress dengan komitmen keje masa tu merupakan faktor utama badan aku tidak cukup untuk supply susu pada dia. Aku masih lagi breastfeed dia, cuma tak full la. Susu yang aku bagi dia since 7 bulan tu susu anmum stage 2. Masa dia genap setahun, aku tukar pada anmum stage 3. Masih setia dengan anmum.

So, bila doktor cakap dia cirit-birit sebab alahan susu, aku susah nak terima sebab dah lama minum susu anmum kan, bukan sehari dua. Aku google dan jumpa blog Dr Zubaidi tentang cirit-birit ni. Fahim kekal aktif semasa 3-4 hari serangan cirit-birit tu. Di nursery memang diorang inform aku, lepas je minum susu formula, terus dia akan cirit-birit. Ubat yang disarankan bagi sesiapa yang terkena cirit-birit disebabkan alahan pada sesuatu makanan/minuman adalah 'Smecta'.



Hasil dari blog Dr Zubaidi, info yang aku dapat mengenai Smecta adalah :
Smecta membantu kanak-kanak atau bayi yang mengalami ceret beret, kerana ia mengandungi bahan diosmectite, yang mampu menyerap beberapa jenis toksin (seperti Rotavirus, E. Coli dan Staphylococcus).
Ia juga menyebabkan najis menjadi lebih pekat dan keras, dan tidak lagi cair.
Smecta mempunyai dua perasa iaitu perasa oren dan perasa vanilla, bagi memudahkan ia diminum oleh bayi dan kanak-kanak.
Bagi bayi berusia satu tahun ke bawah, campurkan dalam botol berisi 50 ml air.  Berikan 1 sachet sehari. Ia harus diberikan secara beransur-ansur.
Bagi bayi yang berusia lebih setahun, campurkan smecta dengan 50 ml air atau makanan mereka (seperti bubur nasi, puri, makanan bayi yang lain).
Bagi kanak-kanak berumur antara setahun dan dua tahun, boleh berikan satu atau  dua  sachet sehari.  Bagi yang berusia melebihi dua tahun, boleh berikan dua atau tiga sachet sehari. 
Bagi dewasa pula,boleh campurkan smecta ke dalam 200 ml air, 3 sachet sehari.

Fahim memang susah sikit nak makan ubat. Setiap kali nak makan ubat, memang aku akan kepit dia dan aku akan bagi sikit-sikit sampai ubat kat syringe tu abis. Bayangkan lah 50ml, bape banyak kali aku kena pakai syringe sampai abis bancuhan Smecta tu. Nangis pun nangis la, janji cepat baiknya. Dengan aku memang tiada tolak ansur bab makan ubat. :)
Nasihat doktor di klinik kesihatan hari tu, tak perlu tukar susu dulu. Bukan 1 perkara yang mudah nak handle bab-bab tukar susu ni. Try bagi Smecta dan susu macam biasa. Alhamdulillah, masuk hari ketiga, najisnya dah mula pekat dan keras.


Monday 14 October 2013

Supplement Shaklee utk Kesuburan Suami Isteri

Anak merupakan anugerah terindah setiap pasangan suami isteri. Tanpa kehadiran anak, mungkin serinya alam rumah tangga tidak seindah mana. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong pasangan suami isteri tidak dikurniakan anugerah ini. Namun, kita sangat digalakkan untuk berusaha, bukan hanya berpeluk tubuh dan berputus asa menerima apa yang ditakdirkan begitu sahaja. Usaha, tawakal dan berdoa. Hasilnya pasti manis :)

Pakar Oncolgy Malaysia, Dr Hamid Arshat juga menggalakkan pengambilan supplement sebagai salah satu langkah usaha untuk mendapatkan zuriat bagi meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri berkenaan.

Kali ni, aku nak share tentang beberapa supplement Shaklee yang boleh diamalkan bagi setiap pasangan yang ingin punya zuriat sendiri. Pengambilan supplement ini merupakan salah satu usaha. Tak salahkan kalau kita cuba berusaha. Mungkin pemakanan dan cara hidup kita seharian tidak mampu untuk mencukupkan apa yang sistem badan kita perlukan.

Apa yang Shaklee ada?
Mari dekat, mari rapat :)

Supplement Asas Shaklee
1. ESP - untuk bekalan protein kepada badan dan membekalkan tenaga
2. B Complex - penting untuk menjana tenaga dan bersifat anti stress. B Complex juga penting untuk merancang kehamilan kerana kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
3. Vitalea - multivitamin; membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. 
4. Vitamin C - mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan dan bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah.  

Supplement tambahan untuk isteri
1. Alfafa - bertindak seperti kacip fatimah bagi si isteri. Ia juga mampu merawat masalah-masalah pada organ reproduktif wanita seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
2. GLA Complex - berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan.

Supplement tambahan untuk suami
1. Zinc Complex - mempertingkatkan kualiti sperma, menambah kepekatan serta kekuatan sperma. Ia juga bertindak meransang perbentukan hormon testosterone dan menambah jumlah bilangan sperma.
2. Vitamin E - sangat sesuai diambil oleh si suami kerana ia boleh meningkatkan kualiti sperma, menambah bilangan sperma dan meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami.

Harganya? Sangat mampu milik dengan kuantitinya. Contohnya Vitalea mengandungi 120 biji dengan harga RM88.75 dan boleh bertahan 3-4 bulan. Menarikkan? :)

Jangan malu, jangan segan. InsyaAllah, cuba sedaya upaya membantu memberikan konsultansi cara pengambilan yang berkesan. Tapi perlu diingat, segalanya adalah dengan izinNya.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444 
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi 
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com 
SMS / Whatsapp : 013-3708887


Sunday 13 October 2013

ESP Shaklee yang hebat

Sharing is caring :)
Memang aku suka sangat share benda-benda yang baik ni. Produk baik, impaknya juga baik, kesihatan insyaAllah bertambah baik.

Kali ni aku nak share info mengenai ESP Soy Protein Isolate Powder. Secara ringkasnya, ESP dapat :
• membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan, dan dari sel akan terbentuk organ
• menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
• setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
• mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous
• indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah





ESP ni berbentuk serbuk ye dan perlu dibancuh. Ianya boleh dibancuh dengan macam-macam minuman yg lain seperti :


1. ESP + Air suam
2. ESP + Fresh Milk
3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu. selepas beberapa jam, blend/shake campurkan dengan 1 sudu ESP)
4. ESP + SusuAnmum
5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
6. ESP + Nesvita 3in1
7. ESP + jus twister tropicana
8. ESP + ribena
9. ESP + any fruit juice (tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
10. ESP + Milo/Horlicks
11. ESP + sirap bandung
12. ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk koko (blend) (boleh mix setengah sudu kecil serbuk Shaklee fiber (jika ada) )
13. ESP + koko + oat
14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + susu HL
15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk dan blend 
16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk dan blend 
17. ESP + meal shakes + Milo 
18. ESP + Nestle Bliss 
19. ESP + kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung dan blend
20. ESP + kurma + badam + avocado + ais dan blend

Kombinasi ESP bersama beberapa produk lain juga insyaAllah dapat membantu apa yang tubuh badan kita perlukan. Antara kombinasi yang memberikan kesan yang hebat adalah :
1. ESP + Vitamin E = kulit cantik
2. ESP + Alfafa = milk booster for breastfeeding mum
3. ESP + Ostematrix = kurangkan sakit kepala dan lenguh-lenguh badan
4. ESP + Zinc = cepatkan penyembuhan luka serta keguguran rambut
5. ESP + Omega Guard = kurangkan risiko bayi pra matang (trimister 2 dan ke atas)
6. ESP + Pepermint Ginger Plus = kurangkan morning sickness (trimister 2 dan ke atas)
7. ESP + Lecithin + Alfafa = untuk kurus


Mau sihat, mau cantik, mau cergas? Contact aku ye. Anda layak untuk dapatkan konsultansi secara percuma dengan setiap pembelian :)

Shuhaily Shuhaimi | SID : 972444
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS/Whatsapp : 013-3708887

Saturday 12 October 2013

bahagia itu indah :)

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi, hajat ku nan satu ini termakbul. Alhamdulillah, berkat usaha sabar, tawakal dan doa dari yang tersayang, terutamanya husband dan mak, akhirnya dapat jugak aku kerja yang sangat-sangat dekat dengan rumah. 

Senang urusan harian aku. Tahun depan si iqa dah nak masuk darjah 1. Nanti nak kena siapkan makan pakainya. Sebelum ni, aku tak sempat nak buatkan bekal dia sebab aku kena keluar awal, hantar fahim ke taska, lepas tu nunnnn jauh hari-hari drive dari putrajaya ke gombak. So memang papa dia la yang uruskan bekal dia, beli je!

Bila petang, husband la yang akan ambil anak-anak. Aku sampai rumah paling cepat maghrib la, dalam pukul 7 lebih. Hari-hari macam tu. Keje aku ni dah la agak mencabar diri. Kalau aku terer, maybe senang la kot aku nak handle. Tapi masalahnya, aku tak terer. So aku sentiasa berada dalam keadaan stress. Stress keje, badan penat drive jauh, uruskan keluarga lagi, fuhhhh kalau tak kuat semangat aku rase tunggang terbalik dah kot. Rumah tak payah citela, sempat aku kemas, aku kemas, tak sempat, terpaksa aku buat-buat buta :)

Jadinya, orang yang paling happy sekali aku dapat keje dekat dengan rumah dah tentulah husband aku. Ikutkan hati, nak attend interview dengan company ni pun aku malas sebab kurang keyakinan diri. Terasa diri sangat-sangat kerdil. Puas husband pujuk, aku mengalah jugak. Sanggup tu hantar dan tunggu sampai aku abis interview. Berkat dari doa dia dan keluarga lain, aku dapat keje ni, syukur alhamdulillah.

Sekarang ni aku dalam fasa membiasakan diri. No more outstation, project based or travelling mana-mana. Maybe akan ada, tapi tak selalu la. Setelah hampir 10 tahun pencarian aku, alhamdulillah ianya sudah berakhir. Moga-moga kali ni hijrah aku diberkati dan dipanjangkan. Penat tau tukar-tukar keje ni :)

Apa lagi yg boleh aku kata selain bahagia itu indah? Sesungguhnya aku bahagia dapat bahagiakan insan-insan tersayang di sekeliling aku.

Tuesday 1 October 2013

Meal Shakes Shaklee Supplement si manja

Kali ni nak cite pasal Meal Shakes pulak. Sebelum diteruskan, meh share sikit apa itu Meal Shakes yang rasa vanilla tu, nyummm!

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 


Meal Shakes juga membantu membina semula sel yang lebih sihat kerana ia mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup.

Oleh itu, Meal Shakes ni sangat-sangat sesuai bagi dewasa mahupun kanak-kanak, terutamanya mereka yang :
  • Kurang/tiada selera makan
  • Picky eater; kanak-kanak memang terkenal kan dengan perangai picky eater ni. Boleh diajak main kejar-kejar keliling meja. Grrrrrr!
  • Anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat dari biasa
  • Sembelit
  • Menghidap asthma / brochitis
  • Menghidap eczema
Cara pengambilan :

Dewasa - 2 sudu besar Meal Shakes dicampur dengan minuman lain.
Kanak-kanak (1-6 tahun) - 1 sudu kecil Meal Shakes dicampur dengan susu atau makanannya.

Nanti saya buat special entry cite tentang fahim yang kulit sensitif dan iqa yang picky eater dengan Meal Shakes nya :)

Hubungi saya jika berminat untuk consume Meal Shakes ni. Anda layak mendapat konsultansi secara percuma dengan mana-mana pembelian.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Monday 16 September 2013

Cirit birit - Part 1

cirit birit merupakan serangan yang sering berlaku dikalangan manusia. terdapat 2 punca cirit birit. kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan iaitu jangkitan kuman melalui makanan samada virus atau bakteria. kadangkala cirit birit boleh berlaku disebabkan alahan terhadap susu, produk susu, makanan berlemak, makanan berminyak ataupun makanan pedas. 

sumber : Dr Zubaidi

entry kali ni aku nak share pengalaman fahim yang kena cirit birit disebabkan keracunan. kejadian berlaku pada 30/4/2013. umurnya hampir setahun masa tu. malam tu boleh dikatakan hampir setiap jam dia cirit birit bersama lendir darah. pukul 11 malam kami nekad bawa dia ke kecemasan hospital putrajaya. aku bawa sekali pampers yang last dia berak in case kalau doktor nak tengok.



selepas doktor periksa fahim, kami diminta untuk bawa dia ke imaging untuk x-ray bahagian perutnya untuk pastikan dia tidak tertelan sebarang bendasing yang boleh menyebabkan luka. alhamdulillah, keputusan x-ray normal. prosedur seterusnya, fahim diarahkan untuk menjalani scan di bahagian perutnya untuk pastikan keadaan usus berada pada kedudukan normal atau tidak. tapi prosedur ni perlu dibuat pada siangnya dan fahim diminta puasa, maksudnya dia tidak dibenarkan minum susu langsung. part ni memang 1 cabaran yang besar!

pukul 3 pagi dia dimasukkan ke wad. mungkin disebabkan keletihan, ragamnya kurang sikit. tapi diebabkan lapar susu kerap jugak dia bangun meragam. sepanjang pagi tu aku langsung tak tidur. susah hati pikirkan hal anak. Tuhan je yang tau apa aku rasa.



akhirnya, fahim dibawa ke imaging sekali lagi untuk scan pada jam 10 lebih selepas aku beberapa kali merayu pada nurse dan doktor bertugas untuk cepatkan prosedur. lapar kot. menangis-nangis fahim nak susu.

alhamdulillah, keputusan scan pun normal. dia disahkan hanya terkena jangkitan virus dan dibenarkan keluar wad pada malam 1/5/2013.



part 2 bersambung di entry seterusnya ye :)


Sunday 8 September 2013

Promosi September 2013 - CoQHealth™ Plus

Bulan September 2013, Shaklee memberikan harga yang sangat menarik pada produk yang baru sahaja dilancarkan pada Jun 2013 iaitu CoQHealth™ Plus.

Jadi, saya share sikit apa itu CoQHealth™ Plus dan kelebihan yang ada. Sharing is caring kan :)

Apa kandungan CoQHealth™ Plus?

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
Kelebihan CoQ10 adalah :
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL 
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Oleh itu, CoQHealth™ Plus ini amatlah disyorkan sebagai supplement tambahan kepada pengidap penyakit jantung selain menukar gaya hidup melalui senaman berjadual, pengurusan tekanan dan diet seimbang.

TAPI, hehe..ada tapinya. Supplement ni bukan sahaja khas bagi pengidap penyakit jantung, malah ada banyak lagi kelebihannya. Antaranya kulit akan menjadi lebih cantik kerana mengandungi CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstray Teh Hijau. Ianya juga baik untuk penghasilan insulin bagi pesakit diabetes dan membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma.

Jadi tunggu apa lagi? Hubungi saya segera sementara anda layak untuk dapatkan harga promosi sepanjang bulan ini.
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Wednesday 4 September 2013

prolonged jaundice - last part

lama menyepi dari menceritakan hal peribadi :) sibuk bekerja yang sebenarnya. 

ramai juga yang bertanyakan khabar fahim selepas aku buat entry prolonged jaundice - part 3 . maaf sebab ceritanya tergantung di situ, tiada kesudahan pada mana-mana entry. jadi hari ini aku ceritakan sedikit ye.

alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan insan kecil ini dalam keluarga kami. kehadiran dia banyak memberikan kami kekuatan terutamanya aku dalam kehidupan harian. fahim disahkan normal dan tiada lagi masalah bengkak di kedua-dua belah buah pinggangnya selepas buat kidney ultrasound pada 27/2/2013 yang lepas.

sedikit nasihat yang aku boleh beri pada ibu bapa di luar sana yang punya anak yang menghadapi prolonged jandice macam fahim ni, aku sarankan teruskan saje buat prosedur yang doktor syor kan. aku sendiri hampir-hampir untuk berhenti di tengah jalan. tapi dalam masa sama, aku pujuk hati sendiri, yainkan hati suami, sebab kami perlu tau dan bukti bahawa fahim seorang anak yang dilahirkan normal. ada jugak yang memilih untuk cuba rawatan lain seperti homeopati, cari info sedalam-dalamnya dan cubalah jika ia mampu memberikan kebaikan.

dalam masa yang sama, seboleh-bolehnya jangan terus salahkan diri sendiri dengan apa yang jadi lebih-lebih lagi bagi yang sedang berpantang. ia akan menambahkan stress dan takut emosi terganggu. kuatkan semangat, dan bagi si suami, sokongan anda sangat-sangat diperlukan bagi si isteri untuk menghadapinya.

insyaAllah, yakin padaNya, semoga semuanya dipermudahkan.

 pic baru ni..jadi technician kat opis mama as part timer :)

Vita-Lea® Iron Formula

Hari ni saya nak share sedikit info mengenai Vita-Lea® Iron Formula, salah satu produk Shaklee.
Vita-Lea® Iron Formula dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan bagi orang dewasa. Ia juga kaya dengan iron (zat besi) dan ia sesuai bagi yang sering mengalami masalah pitam, mudah pening ataupun Anemia.
Zat besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang diperlukan oleh kebanyakan organisma kecuali sebahagian kecil bakteria. Bagi manusia, zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, iaitu hemoglobin (HB). 
Paras HB saya sentiasa rendah, lebih-lebih lagi masa saya mengandung dulu. Jadual harian saya yang sentiasa non stop sebagai ibu dan isteri bekerja memang selalu buat saya penat dan letih. Faktor-faktor seperti ini lah yang buatkan saya juga amalkan Vita-Lea® ini.
Anda mahu sihat dan kekal cergas macam saya? Boleh pm, email dan sms/whatsapp saya kalau nak info lanjut.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Wednesday 21 August 2013

Shaklee Independent Distributor Mersing, Johor

Saya merupakan pengedar rasmi Shaklee yang sah (ID 972444) bagi kawasan Mersing, Johor.
Terdapat pelbagai supplement bagi tujuan IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT dan sebagainya.
PERTANYAAN & PEMBELIAN
1. PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
2. Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
3. SMS / Whatsapp  : 013-3708887
Info lebih lanjut tentang apa itu SHAKLEE boleh juga didapati di http://www.shaklee.com.my
Mari amalkan gaya hidup sihat bersama SHAKLEE
Saya & Shaklee

Saturday 30 March 2013

kalau hidup

Kalau hidup tiada matlamat, bermakna ke?
Kalau hidup sakitkan hati orang, puas ke?
Kalau hidup bla bla bla...
Semuanya pasal 'kalau hidup' yang berlegar-legar dalam kepala ni.

Luas konteksnya.
Mau yang positif atau negatif?
Kalaupun awalnya positif,kadang-kadang akhirnya akan jadi jugak negatif.

Pendekatan mudah adalah beralah.
Panas lawannya air.
Beralah tak bererti kalah.
Sambil beralah, tinggalkan sikit untuk dimuhasabah.
Bila nanti ada masanya duduk diam-diam, punya bahan untuk difikir-fikirkan.

Semua yang berlaku itu bersebab.
Apa bagusnya bertegang untuk soalkan itu dan ini kalau tak cuba selami apa yang jadi.
Diam-diam berisi lagi bagus dari bising tak tau apa.

Hela nafas panjang-panjang.
Hembus perlahan-lahan.
Tuhan itu ada, Maha segalanya.
Hak yang paling hakiki.
Siapa tau dalam hati kita apa ada.

Bungkam.
Pasrah.

Kalau ini takdirku ya Allah, aku redha.