Showing posts with label Izz Fahim. Show all posts
Showing posts with label Izz Fahim. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

Cirit-birit - Part 2

Pengalaman cirit-birit yang kedua fahim disahkan oleh doktor berpunca daripada alahan susu. Kejadian berlaku lebih kurang sebulan yang lepas. Fahim start minum susu formula masa dia umur 7 bulan lagi sebab keadaan aku yang tersangat stress dengan komitmen keje masa tu merupakan faktor utama badan aku tidak cukup untuk supply susu pada dia. Aku masih lagi breastfeed dia, cuma tak full la. Susu yang aku bagi dia since 7 bulan tu susu anmum stage 2. Masa dia genap setahun, aku tukar pada anmum stage 3. Masih setia dengan anmum.

So, bila doktor cakap dia cirit-birit sebab alahan susu, aku susah nak terima sebab dah lama minum susu anmum kan, bukan sehari dua. Aku google dan jumpa blog Dr Zubaidi tentang cirit-birit ni. Fahim kekal aktif semasa 3-4 hari serangan cirit-birit tu. Di nursery memang diorang inform aku, lepas je minum susu formula, terus dia akan cirit-birit. Ubat yang disarankan bagi sesiapa yang terkena cirit-birit disebabkan alahan pada sesuatu makanan/minuman adalah 'Smecta'.



Hasil dari blog Dr Zubaidi, info yang aku dapat mengenai Smecta adalah :
Smecta membantu kanak-kanak atau bayi yang mengalami ceret beret, kerana ia mengandungi bahan diosmectite, yang mampu menyerap beberapa jenis toksin (seperti Rotavirus, E. Coli dan Staphylococcus).
Ia juga menyebabkan najis menjadi lebih pekat dan keras, dan tidak lagi cair.
Smecta mempunyai dua perasa iaitu perasa oren dan perasa vanilla, bagi memudahkan ia diminum oleh bayi dan kanak-kanak.
Bagi bayi berusia satu tahun ke bawah, campurkan dalam botol berisi 50 ml air.  Berikan 1 sachet sehari. Ia harus diberikan secara beransur-ansur.
Bagi bayi yang berusia lebih setahun, campurkan smecta dengan 50 ml air atau makanan mereka (seperti bubur nasi, puri, makanan bayi yang lain).
Bagi kanak-kanak berumur antara setahun dan dua tahun, boleh berikan satu atau  dua  sachet sehari.  Bagi yang berusia melebihi dua tahun, boleh berikan dua atau tiga sachet sehari. 
Bagi dewasa pula,boleh campurkan smecta ke dalam 200 ml air, 3 sachet sehari.

Fahim memang susah sikit nak makan ubat. Setiap kali nak makan ubat, memang aku akan kepit dia dan aku akan bagi sikit-sikit sampai ubat kat syringe tu abis. Bayangkan lah 50ml, bape banyak kali aku kena pakai syringe sampai abis bancuhan Smecta tu. Nangis pun nangis la, janji cepat baiknya. Dengan aku memang tiada tolak ansur bab makan ubat. :)
Nasihat doktor di klinik kesihatan hari tu, tak perlu tukar susu dulu. Bukan 1 perkara yang mudah nak handle bab-bab tukar susu ni. Try bagi Smecta dan susu macam biasa. Alhamdulillah, masuk hari ketiga, najisnya dah mula pekat dan keras.


Monday, 16 September 2013

Cirit birit - Part 1

cirit birit merupakan serangan yang sering berlaku dikalangan manusia. terdapat 2 punca cirit birit. kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan iaitu jangkitan kuman melalui makanan samada virus atau bakteria. kadangkala cirit birit boleh berlaku disebabkan alahan terhadap susu, produk susu, makanan berlemak, makanan berminyak ataupun makanan pedas. 

sumber : Dr Zubaidi

entry kali ni aku nak share pengalaman fahim yang kena cirit birit disebabkan keracunan. kejadian berlaku pada 30/4/2013. umurnya hampir setahun masa tu. malam tu boleh dikatakan hampir setiap jam dia cirit birit bersama lendir darah. pukul 11 malam kami nekad bawa dia ke kecemasan hospital putrajaya. aku bawa sekali pampers yang last dia berak in case kalau doktor nak tengok.



selepas doktor periksa fahim, kami diminta untuk bawa dia ke imaging untuk x-ray bahagian perutnya untuk pastikan dia tidak tertelan sebarang bendasing yang boleh menyebabkan luka. alhamdulillah, keputusan x-ray normal. prosedur seterusnya, fahim diarahkan untuk menjalani scan di bahagian perutnya untuk pastikan keadaan usus berada pada kedudukan normal atau tidak. tapi prosedur ni perlu dibuat pada siangnya dan fahim diminta puasa, maksudnya dia tidak dibenarkan minum susu langsung. part ni memang 1 cabaran yang besar!

pukul 3 pagi dia dimasukkan ke wad. mungkin disebabkan keletihan, ragamnya kurang sikit. tapi diebabkan lapar susu kerap jugak dia bangun meragam. sepanjang pagi tu aku langsung tak tidur. susah hati pikirkan hal anak. Tuhan je yang tau apa aku rasa.



akhirnya, fahim dibawa ke imaging sekali lagi untuk scan pada jam 10 lebih selepas aku beberapa kali merayu pada nurse dan doktor bertugas untuk cepatkan prosedur. lapar kot. menangis-nangis fahim nak susu.

alhamdulillah, keputusan scan pun normal. dia disahkan hanya terkena jangkitan virus dan dibenarkan keluar wad pada malam 1/5/2013.



part 2 bersambung di entry seterusnya ye :)


Wednesday, 4 September 2013

prolonged jaundice - last part

lama menyepi dari menceritakan hal peribadi :) sibuk bekerja yang sebenarnya. 

ramai juga yang bertanyakan khabar fahim selepas aku buat entry prolonged jaundice - part 3 . maaf sebab ceritanya tergantung di situ, tiada kesudahan pada mana-mana entry. jadi hari ini aku ceritakan sedikit ye.

alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan insan kecil ini dalam keluarga kami. kehadiran dia banyak memberikan kami kekuatan terutamanya aku dalam kehidupan harian. fahim disahkan normal dan tiada lagi masalah bengkak di kedua-dua belah buah pinggangnya selepas buat kidney ultrasound pada 27/2/2013 yang lepas.

sedikit nasihat yang aku boleh beri pada ibu bapa di luar sana yang punya anak yang menghadapi prolonged jandice macam fahim ni, aku sarankan teruskan saje buat prosedur yang doktor syor kan. aku sendiri hampir-hampir untuk berhenti di tengah jalan. tapi dalam masa sama, aku pujuk hati sendiri, yainkan hati suami, sebab kami perlu tau dan bukti bahawa fahim seorang anak yang dilahirkan normal. ada jugak yang memilih untuk cuba rawatan lain seperti homeopati, cari info sedalam-dalamnya dan cubalah jika ia mampu memberikan kebaikan.

dalam masa yang sama, seboleh-bolehnya jangan terus salahkan diri sendiri dengan apa yang jadi lebih-lebih lagi bagi yang sedang berpantang. ia akan menambahkan stress dan takut emosi terganggu. kuatkan semangat, dan bagi si suami, sokongan anda sangat-sangat diperlukan bagi si isteri untuk menghadapinya.

insyaAllah, yakin padaNya, semoga semuanya dipermudahkan.

 pic baru ni..jadi technician kat opis mama as part timer :)

Saturday, 10 November 2012

prolonged jaundice - part 3

Apa itu MCUG test?
 
Micturating cystourethrogram (MCUG) is a procedure used to study the bladder rather than the kidneys. MCUG is used to check your child does not have vesicoureteral reflux (a condition where urine leaks back up from the bladder towards the kidneys).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

itu adalah penerangan secara ringkas. dan fahim telahpun melalui fasa ini.

kronologinya bermula pada 10/9/2012. kami diminta datang ke hospital untuk prosedur yang 1 ini. sepatutnya prosedur dijadualkan pada awal pagi, tapi kami ada urusan lain, kami minta untuk dijadualkan pada sebelah petang.

pukul 2 kami sampai di kaunter untuk pendaftaran, kemudian ke klinik pediatric untuk pemasangan tiub kecil di saluran kencingnya dan kami diminta tunggu di luar bilik prosedur. meruntun-runtun hati aku ni, sayu sangat bila dengar fahim nangis mendayu-dayu. kalau lah aku diberi pilihan untuk menggantikan tempatnya, aku sanggup! wallahi...sungguh aku sanggup!

hampir pukul 4 fahim diserahkan kepada kami semula untuk dibawa ke imaging sambil dibekalkan ubat tidur supaya sepanjang prosedur ini dijalankan dia dalam keadaan yang tidak sedar. belum pun ubat habis dimakan, dia sudah pun terlelap. mungkin juga dia kepenatan dan mungkin juga kerana ubat yang dimakan tu.

tapi yang pasti, selepas dia dibawa masuk ke dalam imaging room, aku dengar suara dia menangis. lepas tu diam, lepas tu nangis balik. dalam pukul 4.40, aku dipanggil masuk dan ketika itulah, aku diberitahu test pada hari itu tidak berjaya. sebab paling utama, hospital kerajaan kan, diorg dah nak balik pukul 5. sebab yang kedua, fahim tidak tidur sepenuhnya. dan aku diberi tarikh baru iaitu esok 11/9/2012 untuk lakukan ujian ini sekali lagi. WHATTTTT??? untuk dengar fahim nangis sakit lagi? ohhh..tidakkk!

aku sedar, aku perlu rasional dan berfikiran positif pada masa tu. keputusan untuk teruskan buat prosedur ni tidak boleh diambil ringan. kalau dah sampai tahap ini, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. aku perlu tau dan pastikan anak kecil ini tiada masalah. tidak mengalami putaran kencing terbalik ataupun masalah-masalah lain. dalam masa yang singkat itu, aku perlu berikan jawapan, dan aku setuju untuk datang semula pada esoknya. keluar sahaja dari situ, bertubi-tubi aku perlu bersoal jawab dengan en abg. aku yakinkan dia untuk buat sekali lagi ujian ini.

 kepenatan selepas berhempas pulas dengan nurse..sian dian :)

esoknya pukul 9 pagi aku dah sampai. sama sahaja fasa-fasanya; kaunter-pediatric-imaging. pukul 10 lebih siap semua. kejap dan mudah kan? kenapa semalam tak macam ni pun. past it past. just move forward. aku diminta untuk datang lagi sebulan selepas tu untuk review result bersama doktor.

11/10/2012 kami datang bertiga. bagi aku, sokongan perlu ada antara kami sekiranya ada apa-apa yang berlaku. tapi sayang, buang masa sahaja aku datang. alasan yang aku terima, result belum ready. sebagai sebuah hospital kerajaan yang telah menggunakan sistem, dan aku sebagai seorang yang bekerja di line ini, aku memang tak boleh langsung nak tolerate. tempoh sebulan dari tarikh test dilakukan masih belum cukupkah untuk result tu dikeluarkan pada hari ini?

kami diminta datang semula pada 1/11/2012, tarikh baru hanya untuk review result. aku rasa aku ada hak sebagai seorang pengguna kemudahan di negara sendiri. jadi, sebelum tarikh itu, aku call dulu ke klinik untuk bertanyakan hal result ini. aku tak nak terkena lagi, buang masa untuk datang review result, tapi result tak ready lagi. alasan yang memang aku tak boleh nak terima.

ohoooooo...sehari tu aku bertekak dengan nurse. sehingga kan sampai suara aku naik lah. soalan yang tak masuk akal, dia tanya aku betul ke aku ada datang untuk buat test ini sebab result takde pun dalam sistem. bila aku soalkan perlu ke aku sendiri yang call ke imaging, baru tau nak takut. petang tu, aku terima panggilan dari nurse yang sama, result dah ready dan aku boleh datang 1/11/2012 untuk jumpa doktor.

seperti biasa, tunggunya lama, jumpa doktor hanyalah dalam masa 10 minit. aku faham, hospital kerajaan kan, pesakit ramai dan murah. alhamdulillah, MCUG test ke atas fahim semuanya ok, positif, tiada masalah. cuma kami perlu datang lagi pada 27/2/2013 untuk buat kidney ultrasound untuk mengesan ada lagi ke bengkak di kedua-dua buah pinggangnya.

moga-moga bengkak di kedua-dua buah pinggangnya sudah takde lagi. harapan aku nan 1, berilah anak-anakku kesihatan yang berpanjang Ya Allah, moga nanti bila jasad ku dijemput pulang olehMu, mereka boleh teruskan kehidupan mereka tanpa menyusahkan sesiapa.




Tuesday, 17 July 2012

prolonged jaundice - part 2

pagi tadi fahim ada follow up check up di Hospital Putrajaya. based on pada result ultrasound yang lepas, doktor sahkan buah pinggang dia bengkak sedikit je. harap-harap biarlah bengkak tu hanya disebabkan infection saje. tapi, untuk pastikan yang itu, 1 lg ujian perlu dilakukan iaitu micturating cysto uretherogram (mcu) test.

mengikut penerangan doktor tu tadi, 1 tiub kecil akan dimasukkan ke alat sulit fahim bagi mengesan saluran buah pinggang ke pundi kencing normal atau tidak.

alahai anak, luluh jantung aku bila dengar penerangan doktor ni. aku masih terpikir-pikir untuk teruskan atau tidak. tak sanggup rasanya. rasa-rasa sebelum buat test tu, aku nak buat dulu ultrasound kidney tu sekali lagi kat mana-mana klinik. lepas tu baru aku decide perlu teruskan atau tidak test ni. ada 1 ubat fahim perlu makan sehari sekali pada waktu malam untuk mengecutkan buah pinggang dia tu.

fizikal luarannya dia nampak sihat. berat badan naik dengan cantik; 2 bulan lebih 5.07kg. buang air pun ok. oh! sebut pasal kesihatan dia, aku teringat 1 perkara. semalam, pengasuh dia di nursery mintak aku tambah susu. sebelum ni aku bagi 5 botol dan 3oz bagi tiap-tiap botol. dia mintak aku tambah 6 botol dengan 3.5 - 4oz setiap botol. wahhh! balik tu aku termenung depan fridge. aku tak boleh amik mudah. tiap-tiap hari aku perlu sediakan 21 - 24oz. dah la puasa nak dekat dah kan.

tengah kalut-kalut tu, teringat pulak pada shaklee. alhamdulillah, aku boleh teruskan dengan apa jua supplement sebab pemakanan aku langsung tiada kaitan dengan masalah buah pinggang fahim ni. esok aku akan mula makan balik dan nantikan testimonial dari aku sendiri ye :)

Monday, 16 July 2012

fahim dan pendengarannya

sejak 2,3 menjak ni ada sesuatu yang mengganggu aku. suka sangat paranoid semacam lebih-lebih lagi kalau sesuatu perkara itu ada kaitan dengan fahim. 

contohnya; satu hari aku ambil dia dari nursery lepas keje. aku cakap-cakap dengan dia sambil drive. bila dah sampai rumah, sementara menunggu lift tu, aku cakap-cakap lagi betul-betul di hujung telinga kanan dan kiri dia. sambil tu aku terfikir, fahim ni dengar ke apa aku cakap? tapi aku diamkan je. dengan harapan, nanti-nanti aku nak buat test sendiri.

semalam, aku try kaedah lain. amik soft toy dia yang ade bunyi-bunyi, pun sama, macam tiada rangsangan. sampailah husband tegur aku buat apa. aku terangkan kat dia dari a-z apa yang aku fikir. dia pun macam tak puas hati. tapi dia tegaskan, sebelum keluar wad selepas bersalin hari tu, dah buat dah ujian saringan pendengaran. semuanya baik-baik je.

awal malam semalam masa aku tengah melayan dia nak tido tu. aku terfikir nak buat ujian sekali lagi. aku bangun perlahan-lahan, tarik pintu almari baju dan aku hempas ala-ala manja gitu. terkejut betul dia. alhamdulillah, aku tak perlu nak risau lebih-lebih :)

seawal usia bayi 2-3 bulan, bayi akan memberi rangsangan terkejut mendengar bunyi yang kuat. bayi akan mula bertindak balas kepada bunyi seawal usianya 5 bulan. - rujukan dari Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (0-6 bulan), Kementerian Kesihatan Malaysia.
 

Izz Fahim seawal usia 3 minggu (3/52) - scan pertama yang mengesahkan kewujudan dia dalam rahim aku :)




Wednesday, 11 July 2012

prolonged jaundice - part 1

Apa itu prolonged jaundice?

Info dipetik dari SINI
Prolonged jaundice (jaundis lebih dari14 hari selepas kelahiran) adalah agak biasa untuk bayi. Ia terjadi disebabkan keadaan hati bayi yang masih kurang matang untuk memproses bahan kimia yang bernama bilirubin. Keadaan ini akan pulih dgn sendirinya dgn kenaikan umur bayi. Kebanyakkan bayi akan pulih dalam masa seminggu, namun ada juga yang berpanjangan selalunya tak lebih dari 1 bulan . Andai kata masih ada jaundice lebih dari 14 hari hingga 1 bulan, rawatan dan siasatan lanjut perlu dijalankan.

Sekiranya bayi kurang menyusu juga boleh menyebabkan paras kuning naik. Oleh itu ibu-ibu digalakkan untuk menyusu bayi sekerap mungkin setiap 1 jam. Susu ibu adalah yang paling disyorkan, kerana susu ibu mempunyai zat dan nutrien yang paling sesuai untuk bayi, selain hanya susu ibu sahaja yang mempunyai antibodi untuk bayi melawan penyakit.

Bayi yang menghidap kuning lebih dari 14 hari selepas kelahiran perlu dirujuk ke klinik pakar untuk memastikan yang penyakit kuning yang dihadapi adalah disebabkan ketidak matangan fungi hati dan bukan disebabkan penyakit-penyakit lain seperti jangkitan kuman atau penyakit salur hempedu tertutup (billiary atresia) yang memerlukan rawatan antibiotik serta pembedahan seawal mungkin.

...................................................................................................................................................................

itulah dia prolonged jaundice. dan ya, fahim salah seorang dari yang kena prolonged jaundice ni. kuningnya dikesan seawal usia dia 4 hari masa nurse datang ke rumah untuk lawatan tu.

peringkat awal, aku letakkan sepenuhnya salah pada diri sendiri sebab aku mula makan jamu pada hari kedua. sepatutnya jamu tu mula dimakan pada hari keempat. aku terlepas pandang, leka di situ tambah-tambah badan rasa lesu, rasa nak cepat sihat. hari keempat tu, fahim ditahan sehari di NICU dengan bacaan 296. esoknya dia dah dibenarkan keluar, tapi bacaannya masih lagi lebih 200, iaitu 275.

selepas keluar dari wad, aku ulang alik bawak dia ke klinik kesihatan untuk buat blood test sehingga la umurnya 14 hari. keadaan masih sama, masih lagi kuning dengan bacaan kuning 243. rawatan susulan perlu dilakukan untuk pastikan apa yang menyebabkan kuningnya masih ada.

darah dan urine dia diambil untuk diuji. ohhh..kalau nak tau, sepanjang rawatan kuning ni, 11 kali dia kena ambil darah di tangan. jangan tanya ye perasaan aku macam mana. kalau boleh bertukar tangan, lama dah aku nak jadi galang gantinya.

seminggu selepas tu, resultnya dah keluar. aku diberitahu urine dia kotor dan darahnya pun tinggi bagi bacaan thyroid. fahim diberi antibiotik selama seminggu dan selepas 2 minggu, ujian darah dan urine perlu dilakukan sekali lagi. alhamdulillah, kedua-duanya sudah normal.

doktor sarankan untuk buat ultrasound kidney untuk kesan sebarang abnormality ke atas buah pinggang. sebabnya, untuk pastikan, urine nya normal disebabkan antibiotik tu atau memang confirm tiada masalah dalaman seperti infection ataupun VU (vesicoureteral) reflux - baby mengalami putaran kencing terbalik, iaitu kencingnya tak keluar tapi berbalik semula ke buah pinggangnya. dan semalam pada 10/7/2012, ultrasound kidney tu dilakukan. selesai je buat scan tu, dengan nada yang perlahan, juru x-ray tu cakap buah pinggang fahim kedua-duanya bengkak sedikit dan perlu datang lagi untuk follow up dengan doktor pada 17/7/2012.

subhanallah..tersentap sekejap. tiada sebarang ayat yang keluar dari mulut aku dan husband untuk beberapa ketika. aku diam, bungkam. kumpul kekuatan dalam diam. aku perlu kuat demi anak kecil ini. tapi sekuat mana la aku ni. harapan aku setinggi gunung. moga-moga biarlah tiada dugaan yang maha hebat diberikan ke atas kami...amin!


 Izz Fahim : 2 bulan : 4.8kg


*sekadar berkongsi pengalaman

Tuesday, 10 July 2012

watak-watak utama

sebelum entry-entry lain menyusul,rasanya baik aku kenalkan dulu watak-watak utama dlm blog ni nanti. iye, watak utama..jgn terkejut ye..aku of course la director..hehe

aku punye 2 org anak. alhamdulillah, sepasang sudah. yg sulung perempuan. namanya Irdina Rasyiqah. umur dia dah 5 tahun..oihh..anak dara sudah..

yg bongsu namanya Izz Fahim. jejaka hot kat rumah ni sekarang. umurnya baru 2 bulan. semua org suke melayan dia.

kalau boleh, aku nak share pasal my breastfeeding journey dgn semua. sgt enjoy and happy. tp penah jugak rase nak tersungkur. nasib baik husband sgt supportive. alhamdulillah, syukur sgt! 

next entry nnt la ye aku story mory :)