Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

ESP dan Alfafa - Alternatif Milk Booster

Ibu yang menyusu sering mengambil mana-mana milk booster atau penggalak susu bagi menjayakan serta melancarkan penyusuan bayi mereka. Ada yang mengamalkan beberapa pemakanan, malah ada juga yang mengamalkan supplement sebagai milk booster.

Bagi ibu yang menyusu, terdapat 2 produk Shaklee yang boleh anda jadikan sebagai milk booster iaitu ESP dan Alfafa.


Kenapa ESP dan Alfafa? 

ESP merupakan protein soya Shaklee yang bertindak sebagai milk booster terhebat dan kesannya boleh dirasakan seawal minggu pertama penggunaan dengan ibu menyusu yang perlu konsisten mengepam dan minum air kosong secukupnya. Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang kekal dan sempurna. ESP juga membantu mencantikkan serta menganjalkan kulit ibu dan bayi.  

Alfalfa sememangnya sejenis herba yang telah digunakan oleh masyarakat Barat sejak beratus tahun dahulu untuk kesihatan dan juga sebagai milk booster kerana ia mengandungi banyak nutiren penting dan pelbagai seperti vitamin A, K, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Vitamin-vitamin seperti ini sangat penting dalam tumbesaran perkembangan yang sihat. Bagi bayi yang menghidapi G6PD, si ibu dilarang untuk mengambil Alfafa ini.

Akan tetapi, harus diingat bahawa kedua-dua produk ini sekadar supplement. Anda perlu meneruskan konsep supply vs demand. Jadual pumping anda harus dijaga dan breast anda perlu dipam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Anda juga perlu minum air kosong paling kurang 3 liter sehari.

Testimoni :





Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.
 
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
COD : Mersing, Johor


Monday, 23 July 2012

Ramadhan datang lagi

ramadhan bulan yang mulia datang lagi. setahun hanya sekali sebelum kegembiraan syawal disambut. alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan.

hari pertama puasa adalah hari yang sangat-sangat mencabar. mungkin sebab ramadhan kali ni bermula dengan hari sabtu, hari yang tidak bekerja. bila tak kerja, of course la fahim akan direct feed dengan aku je. puasa kali ni merupakan puasa kali pertama aku berpuasa dengan menyusukan fahim sepenuhnya. dulu masa iqa, usianya hampir 7 bulan lebih semasa tahun pertama kelahirannya. dia dah mula makan dan dah mula dengan susu formula di rumah pengasuh. 

hari pertama tu aku cuma pam seawal pagi je, dapatlah 9oz. alhamdulillah, dapat aku tambah stok EBM. tapi aku betul-betul flat hari pertama ni. jam baru pukul 4.30pm aku dah merengek-rengek macam budak kecik. haha..

hari kedua plak, tak la seteruk hari pertama. siap boleh kemas rumah semua. tak tau la macam mana boleh dapat tenaga extra macam ni di bulan puasa ni. supplement yang aku amalkan cuma Set B Shaklee – Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Alfafa. pam pun aku ngelat, pagi-pagi pukul 8.30am tu je la aku pam dan dapatlah aku 8oz.

tiba malam hari, aku termenung depan fridge. sepatutnya hari bekerja aku kena supply 24oz susu – 6 botol, 4oz setiap satu pada setiap hari. tapi susu chilled EBM cuma ade 8oz je. aku kena cuba usahakan untuk pam 2 kali malam tu. cubaan pertama pukul 1.30am selepas fahim menyusu. kesian, aku pam cuma dapat 1oz kanan, 1oz kiri je. baru ada 10oz. pujuk diri sekali lagi, aku mesti cuba untuk pam seawal subuh nanti.

aku bangun sahur dalam pukul 5.00am. lepas sahur berderet-deret keje rumah aku kena settle kan. mana nak iron baju. mana nak kemas dapur. nak siapkan beg anak-anak lagi. last-last tak sempat pun nak pam. terpaksa la korbankan stok frozen EBM 14oz untuk tambahkan dengan yang chilled EBM ni. semalam masukkan 9oz, hari ni kuarkan 14oz. bagussss!

Ye, ye..aku salah. weekend je aku mesti failed nak pam untuk stok :(

hari ketiga berpuasa di tempat kerja. alhamdulillah, tadi pam pukul 10.00am dapatlah aku 6oz. sepatutnya aku boleh dapat 8oz. tapi mungkin jugak kesan daripada hari sabtu dan ahad tak pam sangat, maka susu pun merajuk la. pukul 3.30pm tadi aku pam, hasilnya amatlah memberangsangkan, 8oz aku dapat. malam ni kena la aku menambahkan susu ni, aku perlu supply sekurang-kurangnya 10oz untuk fahim esok. Stok frozen EBM dah tak banyak dah sejak nursery mintak aku tambah dari 3oz ke 4oz setiap botol.

pemakanan memang mainkan peranan. tak cukup lagi ni pemakanan yang aku ambil hari-hari. rasa-rasa aku perlukan susu dalam diet aku dan aku aim susu Anmum Lacta. kenapa aku pilih Anmum Lacta? sebab Anmum Lacta dirumus khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayinya terutamanya dalam membekalkan pelbagai nutrien iaitu Gangliosides, Sialic Acid, DHA, Inulin dan vitamin serta mineral penting yang lain.

Monday, 16 July 2012

dugaan dan cabaran

dah seminggu aku naik keje selepas habis 2 bulan pantang. nak tau ape aku rasa? STRESS! mengeluh ke aku? err..sebenarnya stress tu lebih kepada penat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri, mama kepada 2 org budak dan seorang wanita bekerjaya dalam soal pengurusan masa. rasa dalam seminggu ni macam tonggang terbalik. lelah dia kemain lagi, rasa nak pengsan je.

tapi, itulah dugaan dan cabaran hidup. tak fun la hidup kan kalau suram je suasana kan. cuba bayangkan aku stress macam mana? bergegar rumah aku ni..hahaha!

ada beberapa perkara yang aku kena buat persediaan sebelum aku naik keje. antaranya aku perlu cari supplement yang dapat membantu aku menghasilkan susu dengan banyak dan berkualiti. aku berkenan pada Shaklee dan aku cuba set untuk breastfeeding. dalam masa 2 hari aku cuba, alhamdullillah susu lebih banyak daripada biasa dan lebih pekat. aku order Shaklee ni dengan Aishah dan dia memang seorang yang sangat membantu.

cuma, dengan keadaan fahim (entry sebelum ni) , aku tekad untuk stop dulu pengambilan supplement ni. aku perlukan nasihat doktor samada aku boleh teruskan ataupun tidak. bukan apa, aku tak nak nanti setiap pemakanan aku akan menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. eh, jangan salah faham ye, bukan Shaklee jadi penyebab, tapi keadaan fizikal fahim sendiri dah macam tu, tak perlu aku tambahkan lagi. pernah sekali tu, balik dari buat blood test untuk ambil bacaan kuning dia, aku jadi frust sebab dah macam-macam usaha aku lakukan untuk cuba kurangkan kuning dia. mandi dengan ubat sei-sei la, bagi setitik 2 perahan anggur hitam la, minum susu kambing la (tapi aku minum yang instant punya), 1 apa tak jadi. sampaikan aku ambil tindakan drastik nak stopkan breastfeed dia untuk seketika dan bagi dia susu formula. aku beli dan bagi dia minum. kuasa Allah kan, sedang fahim minum hampir 1 oz, dia tersedak dan muntah. memang banyak, seolah-olah semua susu formula yang 1oz dia minum tu keluar balik. sepantas kilat aku breastfeed kan dia semula. insaf terus dan terus tanam niat dalam hati kedap-kedap, jauh ke dalam aku simpan, aku cuba nak fully breastfeed dia selagi aku mampu! jangan sesekali aku menidakkan hak dia ke atas susu aku.

lepas tu, terus aku terpikir untuk buat stok EBM (Express Breastmilk). jarak usia iqa dengan fahim yang jauh 5 tahun tu buatkan aku lupa banyak perkara mengenai breastfeeding. alhamdulillah, entry Aishah banyak membantu ( thanks ye Aishah :) )

mula-mula aku simpan pakai botol. lepas tu aku terpikir, bape banyak plak la stok botol perlu aku ade. makan space plak tu. lepas tu, aku simpan plak pakai bekas dadih tu. okla compare dengan botol. tapi, jadi 1 masalah bila proses pencairan susu menjadi sangat lambat. mula-mula aku pindahkan je susu beku tu ke fridge bahagian bawah. susu yang telah dikeluarkan dari bahagian atas tu perlu dihabiskan dalam masa 1 hari. tapi, susu yg aku dah pindahkan tu, tak cair-cair pun walaupun jangka hayat hampir dah dengan 24 jam. lepas tu, aku try plak cairkan susu beku tu sebelum disimpan di bahagian bawah. hoihhhh, lama gak nak tunggu cair sepenuhnya, lebih kurang sejam jugak la. kaedah ni pun bagi aku kurang efisien untuk ibu-ibu bekerjaya seperti aku. ye la kan, masa itu emas :) lepas tu aku try plak plastik aiskrim.ok la sebab selain jimatkan ruang, proses pencairan pun cepat berlaku. tapi yang paling best guna plastik khas untuk simpan susu tu la sebab sekali guna boleh simpan susu sehingga 6oz compare plastik aiskrim yang paling banyak pun boleh simpan 4oz.

selama seminggu aku naik keje ni, tiap-tiap hari aku akan pam hanya 2 kali. tu je la kesempatan yang ada pun. aku akan pam lebih kurang pukul 9am dan 3pm. kadang-kadang balik dari keje pun aku akan pam sebab sekarang ni fahim lebih nyenyak tido malam. sepatutnya untuk dapatkan hasil yang lebih banyak, breast perlu dipam sebanyak 5 kali sehari. cabaraan besar tu bagi aku, tak mampu aku nak pam 5 kali sehari dengan lifestyle sekarang. maybe 1 fine day bila aku dah mula makan supplement Shaklee semula. lagi bape hari je nak puasa.harap sangat susu aku tak merundum.

Wednesday, 11 July 2012

journey of breastfeeding

aku mula tercari-cari info pasal breastfeeding ni masa aku pregnantkan iqa tahun 2006. baca forum sana sini, google itu ini dan yg paling best, ada officemate aku pregnant sekali. so kami share la apa- apa info.

aku terjebak beli set spectra 3 kerana dia la. tawakal je beli masa tu sebab tak tau kan boleh berjaya ke tak dgn breastfeeding ni. tp aku tanam niat rapat-rapat, harapan aku biarlah aku melabur sikit utk jangka masa yg panjang. mesin ni bukan sekali pakai. insyaAllah bila ada anak akan dtg, aku akan guna lagi. and yes, sekarang ni, pada tahun 2012 aku guna balik. alhamdulillah ianya bukan satu pembaziran :)

office lama aku dulu kat jln tun razak. mmg jem la kalau nak bw kete hari-hari. so mostly aku akan turun naik lrt. dgn beg laptop kat belakang, beg spectra plak sandang tepi. azab jugak la sebab lrt kan, ramai sgt org. tp takpe, demi anak aku sanggup harung.

dulu aku amalkan pam hari ni utk stok esok. takde pun simpan stok dari dlm pantang utk kegunaan emergency. supplement pun aku tak ambil ape-ape. cetek btl ilmu brestfeeding ms tu. sebab tu masa iqa dah start mkn, susu aku mula merundum, aku dah start campur dgn susu formula. siang-siang di rumah pengasuh dia minum susu formula. mlm-mlm baru dia cari aku. tp alhamdulillah, dpt aku breastfeeding kan dia sampai umur dia 1 tahun 10 bulan.

so, aku harap utk fahim kali ni, aku nak brestfeeding kan dia sampai umur dia 2 tahun. dan aku cuba kumpul stok byk-byk supaya dia tak dicampurkan dgn susu formula awal-awal. kita hanya merancang, Tuhan tentukan segalanya. dgn keadaan kesihatan fahim, aku tak pasti blh ke aku teruskan niat aku yg 1 ni.

apa jadi ye dgn fahim? ohh..ceritanya secara details agak panjang. next entry ye aku sambung :)