Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

Set Kencing Manis/Diabetes Shaklee

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes utama :
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk :
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/diabetes-mellitus

*********************************************************

Terdapat beberapa supplement Shaklee yang boleh diambil untuk pesakit kencing manis ini iaitu :



GLA COMPLEX 
- menghalang komplikasi diabetes
- merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua
- meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX 
- menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC 
- membantu pengeluaran insulin
- mengekalkan fungsi insulin
- memperbaiki diabetes

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda juga boleh menambah : 

VITA-LEA 
- mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap 

VITAMIN C 
- mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP 
- membantu mengawal kandungan gula dalam darah
- mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA
- menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX
- menghalang penglihatan kabur

Anda juga boleh cuba untuk mengamalkan pengambilan VIVIX sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar kerana ianya memang bagus untuk pesakit kencing manis dan ia boleh bertahan sehingga 45 hari. 


Testimoni pengguna :




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.  

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

COD : Mersing, Johor

Friday, 19 September 2014

Set Berpantang Shaklee

Sekarang ni ramai yang lebih suka menggunakan vitamin semasa berpantang berbanding dengan jamu. Masing-masing punya pilihan kan. Supplement dari Shaklee juga boleh di amalkan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang. 



Cadangan supplement yang boleh diamalkan adalah :

Vita-Lea
* Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil Vita-Lea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yang  kita  tak boleh makan, jadi tenaga kita akan berkurangan.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu mengambil makanan yg seimbang
dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
* Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Pengambilan zat besi adalah sgat penting semasa penyusuan
* Vita-Lea tak boleh diambil dengan minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita.
* Kekurangan B Complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.
* Membantu badan lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kepada tenaga

Zinc Complex
* Ibu-ibu yg tidak memakan ikan haruan atau pati ikan haruan Zinc Complex adalah pengganti yg tepat 
kepada makanan tersebut.
* Zink merupakan galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka terutama luka dalaman (rahim)
* Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan
baik.
* Mengurangkan masalah keguguran rambut. 
* Memabntu masalah kedinginan selepas bersalin.

Vitamin C
* Meningkatkan antibodi badan secara
konsisten.
* Vitamin C sangat diperlukan dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix
Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.

Sumber : http://superbvitamin.blogspot.com/2012/11/set-bersalinberpantang-shaklee.html

Set Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi kerana produknya yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887  
COD : Mersing, Johor
 

Wednesday, 17 September 2014

Set Breastfeeding Shaklee

Ramai mempunyai kesedaran mengenai breastfeeding sekarang ni. Banyak kebaikan breastfeeding pada si ibu dan anak. Mata bertentang mata, bertukar senyuman, pelukan yang erat, Allahuakba, nikmat sungguh perasaan itu.

Alhamdulillah, ketiga-tiga anak saya merasa rezeki kurniaan Allah ini. Sekarang ni, saya masih lagi dalam fasa breastfeeding anak yang ketiga. Selagi rezeki itu ada, insyaAllah ia tetap menjadi hak si anak.

Apabila proses breastfeeding berlaku, si ibu akan mengalami kekurangan sedikit nutrisi di dalam badan lebih-lebih lagi protein dan kalsium. Oleh itu, untuk menjayakan fasa breastfeeding ini, supplement yang bagus amatlah digalakkan.

Terdapat beberapa vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk membantu menambahkan keperluan nutrien tubuh badan.




Kenapa anda sebagai si ibu perlukan supplement ini? Sebabnya :

1. ESP - merupakan pembekal protein untuk ibu dan susu
2. Vitalea - membantu ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga
3. Vitamin C - antioksidan dan meningkatkan sistem imun badan
4. B Complex - meredakan stress, menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat
5. Alfafa - pelbagai faedah kesihatan dan merupakan milk booster
6. Ostematrix - membekalkan kalsium yang bagus untuk badan dan susu ibu 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887  

COD : Mersing, Johor

Monday, 8 September 2014

Supplement Shaklee untuk Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang paling ditakuti. Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, hypertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Hypertensi atau tekanan darah tinggi boleh disebabkan oleh :
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

 Supplement Shaklee yang boleh dicadangkan adalah : 
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.

Perlu diingat, setiap produk yang dicadangkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ianya hanyalah sebagai supplement tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seseorang.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.


Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887
 
COD : Mersing, Johor

Sunday, 27 April 2014

Vitamin Shaklee Bagi Ibu Mengandung

Sepanjang pregnant kan anak kedua, saya rasa saya tak se fit masa pregnant kan si kakaknya. Mungkin sebab dah kali yang ketiga pregnant kot. Supplement tambahan pun saya takde amalkan. Memang masa tu saya tak kenal langsung Shaklee. Ibarat macam tak kenal maka tak cinta la. Sekarang ni rasa rugi sangat sebab lambat betul kenal Shaklee. Nak merasa macam orang lain yang consume Shaklee mula dari pregnancy sampailah alam breastfeeding.

Pregnancy kali ni sudah pun memasuki 3rd trimester. Masalah yang sama setiap kali mengandung, anemia iaitu paras hemoglobin yang rendah. Kali ni memang nekad nak consume Shaklee.


 nampak tak HB saya naik 11.8 pada 3/32014 tu :)

Alhamdulillah sangat, paras HB saya naik bila saya mula consume Shaklee. Jadi, seeloknya saya share la pada semua ye.
Cadangan pengambilan vitamin Shaklee dari awal adalah seperti berikut :


1st trimester :
Vitalea Iron Formula
Sustained Release Vita C Plus (500mg) / Chewable Vita C Plus (100mg)
B Complex
OsteMatrix

2nd trimester :
Vitamin yang sama seperti 1st trimester dan tambahan Omega Guard

whole pregnancy :
ESP Soy Protein Isolate Powder

Apa kelebihan vitamin-vitamin ni? Mesti ada yang nak tau kan? Saya share serba ringkas ye :)

  • Vitalea mengimbangi nutrien sebab ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan.
  • Vitamin C mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.
  • B Complex penting untuk kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan (stress) dan penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.
  • OsteMatrix dapat melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis.
  • Omega Guard membantu perkembangan otak bayi.
  • ESP merupakan sumber protein dan membantu dalam pembentukan sel dan otak bayi.

Cara pengambilan yang disyorkan :

Pagi sebelum sarapan :
ESP

Selepas sarapan :
1 biji Vitalea, 1 biji B Complex, 1 biji Vitamic C (500mg) / 3 biji Vitamic C (100mg)

Sebelum tidur malam :
4 biji OsteMatrix, ESP

Nasihat pantang larang :
Adalah tidak digalakkan untuk mengambil Vitalea bersama ESP, OsteMatrix atau produk tenusu yang lain kerana kalsium tersebut akan menghalang proses penyerapan iron yang ada di dalam Vitalea.

Lapangkan masa anda untuk hubungi saya jika anda berminat :

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Monday, 14 October 2013

Supplement Shaklee utk Kesuburan Suami Isteri

Anak merupakan anugerah terindah setiap pasangan suami isteri. Tanpa kehadiran anak, mungkin serinya alam rumah tangga tidak seindah mana. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong pasangan suami isteri tidak dikurniakan anugerah ini. Namun, kita sangat digalakkan untuk berusaha, bukan hanya berpeluk tubuh dan berputus asa menerima apa yang ditakdirkan begitu sahaja. Usaha, tawakal dan berdoa. Hasilnya pasti manis :)

Pakar Oncolgy Malaysia, Dr Hamid Arshat juga menggalakkan pengambilan supplement sebagai salah satu langkah usaha untuk mendapatkan zuriat bagi meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri berkenaan.

Kali ni, aku nak share tentang beberapa supplement Shaklee yang boleh diamalkan bagi setiap pasangan yang ingin punya zuriat sendiri. Pengambilan supplement ini merupakan salah satu usaha. Tak salahkan kalau kita cuba berusaha. Mungkin pemakanan dan cara hidup kita seharian tidak mampu untuk mencukupkan apa yang sistem badan kita perlukan.

Apa yang Shaklee ada?
Mari dekat, mari rapat :)

Supplement Asas Shaklee
1. ESP - untuk bekalan protein kepada badan dan membekalkan tenaga
2. B Complex - penting untuk menjana tenaga dan bersifat anti stress. B Complex juga penting untuk merancang kehamilan kerana kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
3. Vitalea - multivitamin; membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. 
4. Vitamin C - mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan dan bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah.  

Supplement tambahan untuk isteri
1. Alfafa - bertindak seperti kacip fatimah bagi si isteri. Ia juga mampu merawat masalah-masalah pada organ reproduktif wanita seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
2. GLA Complex - berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan.

Supplement tambahan untuk suami
1. Zinc Complex - mempertingkatkan kualiti sperma, menambah kepekatan serta kekuatan sperma. Ia juga bertindak meransang perbentukan hormon testosterone dan menambah jumlah bilangan sperma.
2. Vitamin E - sangat sesuai diambil oleh si suami kerana ia boleh meningkatkan kualiti sperma, menambah bilangan sperma dan meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami.

Harganya? Sangat mampu milik dengan kuantitinya. Contohnya Vitalea mengandungi 120 biji dengan harga RM88.75 dan boleh bertahan 3-4 bulan. Menarikkan? :)

Jangan malu, jangan segan. InsyaAllah, cuba sedaya upaya membantu memberikan konsultansi cara pengambilan yang berkesan. Tapi perlu diingat, segalanya adalah dengan izinNya.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444 
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi 
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com 
SMS / Whatsapp : 013-3708887


Wednesday, 4 September 2013

Vita-Lea® Iron Formula

Hari ni saya nak share sedikit info mengenai Vita-Lea® Iron Formula, salah satu produk Shaklee.
Vita-Lea® Iron Formula dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan bagi orang dewasa. Ia juga kaya dengan iron (zat besi) dan ia sesuai bagi yang sering mengalami masalah pitam, mudah pening ataupun Anemia.
Zat besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang diperlukan oleh kebanyakan organisma kecuali sebahagian kecil bakteria. Bagi manusia, zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, iaitu hemoglobin (HB). 
Paras HB saya sentiasa rendah, lebih-lebih lagi masa saya mengandung dulu. Jadual harian saya yang sentiasa non stop sebagai ibu dan isteri bekerja memang selalu buat saya penat dan letih. Faktor-faktor seperti ini lah yang buatkan saya juga amalkan Vita-Lea® ini.
Anda mahu sihat dan kekal cergas macam saya? Boleh pm, email dan sms/whatsapp saya kalau nak info lanjut.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887