Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Dalam hati ada taman

Minggu ni minggu exam di tadika si kakak. 

2 hari lepas, masa ambil dia di tadika, dia nangis mendayu-dayu, siap teresak-esak lagi. Duduk je sebelah cikgu maths dia tak nak bangun-bangun. Sampai aku kena masuk dalam tadika tu nak pujuk dia balik. Gaya macam orang yang sedih sangat-sangat lah. Hati ni dah tak sedap. Tau sebab apa dia sedih sangat?

Dia sedih, rasa bersalah sangat bila cikgu maths dia tu dok sakat yang maths dia tak dapat 100%. Sebenarnya dia dapat 100%, tapi saje je cikgu dia sakat dia. Tak makan pujuk pun. Menangis-nangis macam sedih sangat lah.

Bila tau cite, aku nak gelak. Tapi jadi tak sampai hati bila dia beria-ia sedih macam tu. Terus pujuk dia, "walaupun kakak tak dapat no 1 lagi untuk tahun 6 ni nanti, mana la tau kan sebab cikgu tak abis kira lagi, mama dengan papa tak kisah sebab tau kakak dah cuba buat yang terbaik". Baru lah cool sikit. 

Dia ni dari umur 4 tahun lagi aku masukkan ke tadika yang sama. Hajat hati nak masukkan tadika masa umur dia 5 tahun, tapi dia sendiri yang mintak nak ke sekolah. Boring agaknya dok umah pengasuh. Tadika dia tadika yang biasa je di Putrajaya ni. Maksud aku, bukan lah tadika yang ada nama yang gah macam s***t r****r tu. Masa exam setengah tahun 4 tahun tu, dia dapat no 11. Ala, budak-budak kan. Aku tak letak harapan tinggi menggunung pun. Biarlah dia main-main dulu. Sambil-sambil tu, aku dengan husband belikan la buku sikit-sikit yang sesuai dengan umur 4 tahun. Lepas tu, exam akhir tahun, dia dapat no 1. Alhamdulillah.

Umur 5 tahun, exam tengah tahun dan akhir tahun, still dapat no 1. Exam tengah tahun hari tu pun, no 1 lagi. Jadi, bila cikgu maths dia sakat macam tu, memang touching abis la. 

Dah besar kot anak dara aku ni. Dalam hati dah mula ada taman la tu, sensitif kemain :)

Monday, 16 September 2013

Cirit birit - Part 1

cirit birit merupakan serangan yang sering berlaku dikalangan manusia. terdapat 2 punca cirit birit. kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan iaitu jangkitan kuman melalui makanan samada virus atau bakteria. kadangkala cirit birit boleh berlaku disebabkan alahan terhadap susu, produk susu, makanan berlemak, makanan berminyak ataupun makanan pedas. 

sumber : Dr Zubaidi

entry kali ni aku nak share pengalaman fahim yang kena cirit birit disebabkan keracunan. kejadian berlaku pada 30/4/2013. umurnya hampir setahun masa tu. malam tu boleh dikatakan hampir setiap jam dia cirit birit bersama lendir darah. pukul 11 malam kami nekad bawa dia ke kecemasan hospital putrajaya. aku bawa sekali pampers yang last dia berak in case kalau doktor nak tengok.



selepas doktor periksa fahim, kami diminta untuk bawa dia ke imaging untuk x-ray bahagian perutnya untuk pastikan dia tidak tertelan sebarang bendasing yang boleh menyebabkan luka. alhamdulillah, keputusan x-ray normal. prosedur seterusnya, fahim diarahkan untuk menjalani scan di bahagian perutnya untuk pastikan keadaan usus berada pada kedudukan normal atau tidak. tapi prosedur ni perlu dibuat pada siangnya dan fahim diminta puasa, maksudnya dia tidak dibenarkan minum susu langsung. part ni memang 1 cabaran yang besar!

pukul 3 pagi dia dimasukkan ke wad. mungkin disebabkan keletihan, ragamnya kurang sikit. tapi diebabkan lapar susu kerap jugak dia bangun meragam. sepanjang pagi tu aku langsung tak tidur. susah hati pikirkan hal anak. Tuhan je yang tau apa aku rasa.



akhirnya, fahim dibawa ke imaging sekali lagi untuk scan pada jam 10 lebih selepas aku beberapa kali merayu pada nurse dan doktor bertugas untuk cepatkan prosedur. lapar kot. menangis-nangis fahim nak susu.

alhamdulillah, keputusan scan pun normal. dia disahkan hanya terkena jangkitan virus dan dibenarkan keluar wad pada malam 1/5/2013.



part 2 bersambung di entry seterusnya ye :)


Wednesday, 4 September 2013

prolonged jaundice - last part

lama menyepi dari menceritakan hal peribadi :) sibuk bekerja yang sebenarnya. 

ramai juga yang bertanyakan khabar fahim selepas aku buat entry prolonged jaundice - part 3 . maaf sebab ceritanya tergantung di situ, tiada kesudahan pada mana-mana entry. jadi hari ini aku ceritakan sedikit ye.

alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan insan kecil ini dalam keluarga kami. kehadiran dia banyak memberikan kami kekuatan terutamanya aku dalam kehidupan harian. fahim disahkan normal dan tiada lagi masalah bengkak di kedua-dua belah buah pinggangnya selepas buat kidney ultrasound pada 27/2/2013 yang lepas.

sedikit nasihat yang aku boleh beri pada ibu bapa di luar sana yang punya anak yang menghadapi prolonged jandice macam fahim ni, aku sarankan teruskan saje buat prosedur yang doktor syor kan. aku sendiri hampir-hampir untuk berhenti di tengah jalan. tapi dalam masa sama, aku pujuk hati sendiri, yainkan hati suami, sebab kami perlu tau dan bukti bahawa fahim seorang anak yang dilahirkan normal. ada jugak yang memilih untuk cuba rawatan lain seperti homeopati, cari info sedalam-dalamnya dan cubalah jika ia mampu memberikan kebaikan.

dalam masa yang sama, seboleh-bolehnya jangan terus salahkan diri sendiri dengan apa yang jadi lebih-lebih lagi bagi yang sedang berpantang. ia akan menambahkan stress dan takut emosi terganggu. kuatkan semangat, dan bagi si suami, sokongan anda sangat-sangat diperlukan bagi si isteri untuk menghadapinya.

insyaAllah, yakin padaNya, semoga semuanya dipermudahkan.

 pic baru ni..jadi technician kat opis mama as part timer :)

Monday, 23 July 2012

Ramadhan datang lagi

ramadhan bulan yang mulia datang lagi. setahun hanya sekali sebelum kegembiraan syawal disambut. alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya ramadhan.

hari pertama puasa adalah hari yang sangat-sangat mencabar. mungkin sebab ramadhan kali ni bermula dengan hari sabtu, hari yang tidak bekerja. bila tak kerja, of course la fahim akan direct feed dengan aku je. puasa kali ni merupakan puasa kali pertama aku berpuasa dengan menyusukan fahim sepenuhnya. dulu masa iqa, usianya hampir 7 bulan lebih semasa tahun pertama kelahirannya. dia dah mula makan dan dah mula dengan susu formula di rumah pengasuh. 

hari pertama tu aku cuma pam seawal pagi je, dapatlah 9oz. alhamdulillah, dapat aku tambah stok EBM. tapi aku betul-betul flat hari pertama ni. jam baru pukul 4.30pm aku dah merengek-rengek macam budak kecik. haha..

hari kedua plak, tak la seteruk hari pertama. siap boleh kemas rumah semua. tak tau la macam mana boleh dapat tenaga extra macam ni di bulan puasa ni. supplement yang aku amalkan cuma Set B Shaklee – Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Alfafa. pam pun aku ngelat, pagi-pagi pukul 8.30am tu je la aku pam dan dapatlah aku 8oz.

tiba malam hari, aku termenung depan fridge. sepatutnya hari bekerja aku kena supply 24oz susu – 6 botol, 4oz setiap satu pada setiap hari. tapi susu chilled EBM cuma ade 8oz je. aku kena cuba usahakan untuk pam 2 kali malam tu. cubaan pertama pukul 1.30am selepas fahim menyusu. kesian, aku pam cuma dapat 1oz kanan, 1oz kiri je. baru ada 10oz. pujuk diri sekali lagi, aku mesti cuba untuk pam seawal subuh nanti.

aku bangun sahur dalam pukul 5.00am. lepas sahur berderet-deret keje rumah aku kena settle kan. mana nak iron baju. mana nak kemas dapur. nak siapkan beg anak-anak lagi. last-last tak sempat pun nak pam. terpaksa la korbankan stok frozen EBM 14oz untuk tambahkan dengan yang chilled EBM ni. semalam masukkan 9oz, hari ni kuarkan 14oz. bagussss!

Ye, ye..aku salah. weekend je aku mesti failed nak pam untuk stok :(

hari ketiga berpuasa di tempat kerja. alhamdulillah, tadi pam pukul 10.00am dapatlah aku 6oz. sepatutnya aku boleh dapat 8oz. tapi mungkin jugak kesan daripada hari sabtu dan ahad tak pam sangat, maka susu pun merajuk la. pukul 3.30pm tadi aku pam, hasilnya amatlah memberangsangkan, 8oz aku dapat. malam ni kena la aku menambahkan susu ni, aku perlu supply sekurang-kurangnya 10oz untuk fahim esok. Stok frozen EBM dah tak banyak dah sejak nursery mintak aku tambah dari 3oz ke 4oz setiap botol.

pemakanan memang mainkan peranan. tak cukup lagi ni pemakanan yang aku ambil hari-hari. rasa-rasa aku perlukan susu dalam diet aku dan aku aim susu Anmum Lacta. kenapa aku pilih Anmum Lacta? sebab Anmum Lacta dirumus khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayinya terutamanya dalam membekalkan pelbagai nutrien iaitu Gangliosides, Sialic Acid, DHA, Inulin dan vitamin serta mineral penting yang lain.

Monday, 16 July 2012

fahim dan pendengarannya

sejak 2,3 menjak ni ada sesuatu yang mengganggu aku. suka sangat paranoid semacam lebih-lebih lagi kalau sesuatu perkara itu ada kaitan dengan fahim. 

contohnya; satu hari aku ambil dia dari nursery lepas keje. aku cakap-cakap dengan dia sambil drive. bila dah sampai rumah, sementara menunggu lift tu, aku cakap-cakap lagi betul-betul di hujung telinga kanan dan kiri dia. sambil tu aku terfikir, fahim ni dengar ke apa aku cakap? tapi aku diamkan je. dengan harapan, nanti-nanti aku nak buat test sendiri.

semalam, aku try kaedah lain. amik soft toy dia yang ade bunyi-bunyi, pun sama, macam tiada rangsangan. sampailah husband tegur aku buat apa. aku terangkan kat dia dari a-z apa yang aku fikir. dia pun macam tak puas hati. tapi dia tegaskan, sebelum keluar wad selepas bersalin hari tu, dah buat dah ujian saringan pendengaran. semuanya baik-baik je.

awal malam semalam masa aku tengah melayan dia nak tido tu. aku terfikir nak buat ujian sekali lagi. aku bangun perlahan-lahan, tarik pintu almari baju dan aku hempas ala-ala manja gitu. terkejut betul dia. alhamdulillah, aku tak perlu nak risau lebih-lebih :)

seawal usia bayi 2-3 bulan, bayi akan memberi rangsangan terkejut mendengar bunyi yang kuat. bayi akan mula bertindak balas kepada bunyi seawal usianya 5 bulan. - rujukan dari Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (0-6 bulan), Kementerian Kesihatan Malaysia.
 

Izz Fahim seawal usia 3 minggu (3/52) - scan pertama yang mengesahkan kewujudan dia dalam rahim aku :)