Thursday 25 September 2014

Set Kencing Manis/Diabetes Shaklee

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes utama :
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk :
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/diabetes-mellitus

*********************************************************

Terdapat beberapa supplement Shaklee yang boleh diambil untuk pesakit kencing manis ini iaitu :



GLA COMPLEX 
- menghalang komplikasi diabetes
- merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua
- meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX 
- menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC 
- membantu pengeluaran insulin
- mengekalkan fungsi insulin
- memperbaiki diabetes

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda juga boleh menambah : 

VITA-LEA 
- mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap 

VITAMIN C 
- mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP 
- membantu mengawal kandungan gula dalam darah
- mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA
- menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX
- menghalang penglihatan kabur

Anda juga boleh cuba untuk mengamalkan pengambilan VIVIX sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar kerana ianya memang bagus untuk pesakit kencing manis dan ia boleh bertahan sehingga 45 hari. 


Testimoni pengguna :




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Sebarang pembelian dari saya, anda layak untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.  

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

COD : Mersing, Johor

No comments:

Post a Comment