Monday 16 September 2013

Cirit birit - Part 1

cirit birit merupakan serangan yang sering berlaku dikalangan manusia. terdapat 2 punca cirit birit. kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan iaitu jangkitan kuman melalui makanan samada virus atau bakteria. kadangkala cirit birit boleh berlaku disebabkan alahan terhadap susu, produk susu, makanan berlemak, makanan berminyak ataupun makanan pedas. 

sumber : Dr Zubaidi

entry kali ni aku nak share pengalaman fahim yang kena cirit birit disebabkan keracunan. kejadian berlaku pada 30/4/2013. umurnya hampir setahun masa tu. malam tu boleh dikatakan hampir setiap jam dia cirit birit bersama lendir darah. pukul 11 malam kami nekad bawa dia ke kecemasan hospital putrajaya. aku bawa sekali pampers yang last dia berak in case kalau doktor nak tengok.



selepas doktor periksa fahim, kami diminta untuk bawa dia ke imaging untuk x-ray bahagian perutnya untuk pastikan dia tidak tertelan sebarang bendasing yang boleh menyebabkan luka. alhamdulillah, keputusan x-ray normal. prosedur seterusnya, fahim diarahkan untuk menjalani scan di bahagian perutnya untuk pastikan keadaan usus berada pada kedudukan normal atau tidak. tapi prosedur ni perlu dibuat pada siangnya dan fahim diminta puasa, maksudnya dia tidak dibenarkan minum susu langsung. part ni memang 1 cabaran yang besar!

pukul 3 pagi dia dimasukkan ke wad. mungkin disebabkan keletihan, ragamnya kurang sikit. tapi diebabkan lapar susu kerap jugak dia bangun meragam. sepanjang pagi tu aku langsung tak tidur. susah hati pikirkan hal anak. Tuhan je yang tau apa aku rasa.



akhirnya, fahim dibawa ke imaging sekali lagi untuk scan pada jam 10 lebih selepas aku beberapa kali merayu pada nurse dan doktor bertugas untuk cepatkan prosedur. lapar kot. menangis-nangis fahim nak susu.

alhamdulillah, keputusan scan pun normal. dia disahkan hanya terkena jangkitan virus dan dibenarkan keluar wad pada malam 1/5/2013.



part 2 bersambung di entry seterusnya ye :)


Sunday 8 September 2013

Promosi September 2013 - CoQHealth™ Plus

Bulan September 2013, Shaklee memberikan harga yang sangat menarik pada produk yang baru sahaja dilancarkan pada Jun 2013 iaitu CoQHealth™ Plus.

Jadi, saya share sikit apa itu CoQHealth™ Plus dan kelebihan yang ada. Sharing is caring kan :)

Apa kandungan CoQHealth™ Plus?

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
Kelebihan CoQ10 adalah :
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL 
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Oleh itu, CoQHealth™ Plus ini amatlah disyorkan sebagai supplement tambahan kepada pengidap penyakit jantung selain menukar gaya hidup melalui senaman berjadual, pengurusan tekanan dan diet seimbang.

TAPI, hehe..ada tapinya. Supplement ni bukan sahaja khas bagi pengidap penyakit jantung, malah ada banyak lagi kelebihannya. Antaranya kulit akan menjadi lebih cantik kerana mengandungi CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstray Teh Hijau. Ianya juga baik untuk penghasilan insulin bagi pesakit diabetes dan membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma.

Jadi tunggu apa lagi? Hubungi saya segera sementara anda layak untuk dapatkan harga promosi sepanjang bulan ini.
Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887

Wednesday 4 September 2013

prolonged jaundice - last part

lama menyepi dari menceritakan hal peribadi :) sibuk bekerja yang sebenarnya. 

ramai juga yang bertanyakan khabar fahim selepas aku buat entry prolonged jaundice - part 3 . maaf sebab ceritanya tergantung di situ, tiada kesudahan pada mana-mana entry. jadi hari ini aku ceritakan sedikit ye.

alhamdulillah, syukur sangat-sangat padaMu Ya Allah atas kurniaan insan kecil ini dalam keluarga kami. kehadiran dia banyak memberikan kami kekuatan terutamanya aku dalam kehidupan harian. fahim disahkan normal dan tiada lagi masalah bengkak di kedua-dua belah buah pinggangnya selepas buat kidney ultrasound pada 27/2/2013 yang lepas.

sedikit nasihat yang aku boleh beri pada ibu bapa di luar sana yang punya anak yang menghadapi prolonged jandice macam fahim ni, aku sarankan teruskan saje buat prosedur yang doktor syor kan. aku sendiri hampir-hampir untuk berhenti di tengah jalan. tapi dalam masa sama, aku pujuk hati sendiri, yainkan hati suami, sebab kami perlu tau dan bukti bahawa fahim seorang anak yang dilahirkan normal. ada jugak yang memilih untuk cuba rawatan lain seperti homeopati, cari info sedalam-dalamnya dan cubalah jika ia mampu memberikan kebaikan.

dalam masa yang sama, seboleh-bolehnya jangan terus salahkan diri sendiri dengan apa yang jadi lebih-lebih lagi bagi yang sedang berpantang. ia akan menambahkan stress dan takut emosi terganggu. kuatkan semangat, dan bagi si suami, sokongan anda sangat-sangat diperlukan bagi si isteri untuk menghadapinya.

insyaAllah, yakin padaNya, semoga semuanya dipermudahkan.

 pic baru ni..jadi technician kat opis mama as part timer :)

Vita-Lea® Iron Formula

Hari ni saya nak share sedikit info mengenai Vita-Lea® Iron Formula, salah satu produk Shaklee.
Vita-Lea® Iron Formula dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan bagi orang dewasa. Ia juga kaya dengan iron (zat besi) dan ia sesuai bagi yang sering mengalami masalah pitam, mudah pening ataupun Anemia.
Zat besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang diperlukan oleh kebanyakan organisma kecuali sebahagian kecil bakteria. Bagi manusia, zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, iaitu hemoglobin (HB). 
Paras HB saya sentiasa rendah, lebih-lebih lagi masa saya mengandung dulu. Jadual harian saya yang sentiasa non stop sebagai ibu dan isteri bekerja memang selalu buat saya penat dan letih. Faktor-faktor seperti ini lah yang buatkan saya juga amalkan Vita-Lea® ini.
Anda mahu sihat dan kekal cergas macam saya? Boleh pm, email dan sms/whatsapp saya kalau nak info lanjut.

Shuhaily Shuhaimi | ID Shaklee : 972444
PM Facebook : Shuhaily Shuhaimi
Email : shuhaily.shuhaimi@gmail.com
SMS / Whatsapp : 013-3708887