Saturday 19 October 2013

Cirit-birit - Part 2

Pengalaman cirit-birit yang kedua fahim disahkan oleh doktor berpunca daripada alahan susu. Kejadian berlaku lebih kurang sebulan yang lepas. Fahim start minum susu formula masa dia umur 7 bulan lagi sebab keadaan aku yang tersangat stress dengan komitmen keje masa tu merupakan faktor utama badan aku tidak cukup untuk supply susu pada dia. Aku masih lagi breastfeed dia, cuma tak full la. Susu yang aku bagi dia since 7 bulan tu susu anmum stage 2. Masa dia genap setahun, aku tukar pada anmum stage 3. Masih setia dengan anmum.

So, bila doktor cakap dia cirit-birit sebab alahan susu, aku susah nak terima sebab dah lama minum susu anmum kan, bukan sehari dua. Aku google dan jumpa blog Dr Zubaidi tentang cirit-birit ni. Fahim kekal aktif semasa 3-4 hari serangan cirit-birit tu. Di nursery memang diorang inform aku, lepas je minum susu formula, terus dia akan cirit-birit. Ubat yang disarankan bagi sesiapa yang terkena cirit-birit disebabkan alahan pada sesuatu makanan/minuman adalah 'Smecta'.



Hasil dari blog Dr Zubaidi, info yang aku dapat mengenai Smecta adalah :
Smecta membantu kanak-kanak atau bayi yang mengalami ceret beret, kerana ia mengandungi bahan diosmectite, yang mampu menyerap beberapa jenis toksin (seperti Rotavirus, E. Coli dan Staphylococcus).
Ia juga menyebabkan najis menjadi lebih pekat dan keras, dan tidak lagi cair.
Smecta mempunyai dua perasa iaitu perasa oren dan perasa vanilla, bagi memudahkan ia diminum oleh bayi dan kanak-kanak.
Bagi bayi berusia satu tahun ke bawah, campurkan dalam botol berisi 50 ml air.  Berikan 1 sachet sehari. Ia harus diberikan secara beransur-ansur.
Bagi bayi yang berusia lebih setahun, campurkan smecta dengan 50 ml air atau makanan mereka (seperti bubur nasi, puri, makanan bayi yang lain).
Bagi kanak-kanak berumur antara setahun dan dua tahun, boleh berikan satu atau  dua  sachet sehari.  Bagi yang berusia melebihi dua tahun, boleh berikan dua atau tiga sachet sehari. 
Bagi dewasa pula,boleh campurkan smecta ke dalam 200 ml air, 3 sachet sehari.

Fahim memang susah sikit nak makan ubat. Setiap kali nak makan ubat, memang aku akan kepit dia dan aku akan bagi sikit-sikit sampai ubat kat syringe tu abis. Bayangkan lah 50ml, bape banyak kali aku kena pakai syringe sampai abis bancuhan Smecta tu. Nangis pun nangis la, janji cepat baiknya. Dengan aku memang tiada tolak ansur bab makan ubat. :)
Nasihat doktor di klinik kesihatan hari tu, tak perlu tukar susu dulu. Bukan 1 perkara yang mudah nak handle bab-bab tukar susu ni. Try bagi Smecta dan susu macam biasa. Alhamdulillah, masuk hari ketiga, najisnya dah mula pekat dan keras.


No comments:

Post a Comment