Wednesday 11 July 2012

journey of breastfeeding

aku mula tercari-cari info pasal breastfeeding ni masa aku pregnantkan iqa tahun 2006. baca forum sana sini, google itu ini dan yg paling best, ada officemate aku pregnant sekali. so kami share la apa- apa info.

aku terjebak beli set spectra 3 kerana dia la. tawakal je beli masa tu sebab tak tau kan boleh berjaya ke tak dgn breastfeeding ni. tp aku tanam niat rapat-rapat, harapan aku biarlah aku melabur sikit utk jangka masa yg panjang. mesin ni bukan sekali pakai. insyaAllah bila ada anak akan dtg, aku akan guna lagi. and yes, sekarang ni, pada tahun 2012 aku guna balik. alhamdulillah ianya bukan satu pembaziran :)

office lama aku dulu kat jln tun razak. mmg jem la kalau nak bw kete hari-hari. so mostly aku akan turun naik lrt. dgn beg laptop kat belakang, beg spectra plak sandang tepi. azab jugak la sebab lrt kan, ramai sgt org. tp takpe, demi anak aku sanggup harung.

dulu aku amalkan pam hari ni utk stok esok. takde pun simpan stok dari dlm pantang utk kegunaan emergency. supplement pun aku tak ambil ape-ape. cetek btl ilmu brestfeeding ms tu. sebab tu masa iqa dah start mkn, susu aku mula merundum, aku dah start campur dgn susu formula. siang-siang di rumah pengasuh dia minum susu formula. mlm-mlm baru dia cari aku. tp alhamdulillah, dpt aku breastfeeding kan dia sampai umur dia 1 tahun 10 bulan.

so, aku harap utk fahim kali ni, aku nak brestfeeding kan dia sampai umur dia 2 tahun. dan aku cuba kumpul stok byk-byk supaya dia tak dicampurkan dgn susu formula awal-awal. kita hanya merancang, Tuhan tentukan segalanya. dgn keadaan kesihatan fahim, aku tak pasti blh ke aku teruskan niat aku yg 1 ni.

apa jadi ye dgn fahim? ohh..ceritanya secara details agak panjang. next entry ye aku sambung :)

No comments:

Post a Comment