Monday 16 July 2012

dugaan dan cabaran

dah seminggu aku naik keje selepas habis 2 bulan pantang. nak tau ape aku rasa? STRESS! mengeluh ke aku? err..sebenarnya stress tu lebih kepada penat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri, mama kepada 2 org budak dan seorang wanita bekerjaya dalam soal pengurusan masa. rasa dalam seminggu ni macam tonggang terbalik. lelah dia kemain lagi, rasa nak pengsan je.

tapi, itulah dugaan dan cabaran hidup. tak fun la hidup kan kalau suram je suasana kan. cuba bayangkan aku stress macam mana? bergegar rumah aku ni..hahaha!

ada beberapa perkara yang aku kena buat persediaan sebelum aku naik keje. antaranya aku perlu cari supplement yang dapat membantu aku menghasilkan susu dengan banyak dan berkualiti. aku berkenan pada Shaklee dan aku cuba set untuk breastfeeding. dalam masa 2 hari aku cuba, alhamdullillah susu lebih banyak daripada biasa dan lebih pekat. aku order Shaklee ni dengan Aishah dan dia memang seorang yang sangat membantu.

cuma, dengan keadaan fahim (entry sebelum ni) , aku tekad untuk stop dulu pengambilan supplement ni. aku perlukan nasihat doktor samada aku boleh teruskan ataupun tidak. bukan apa, aku tak nak nanti setiap pemakanan aku akan menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. eh, jangan salah faham ye, bukan Shaklee jadi penyebab, tapi keadaan fizikal fahim sendiri dah macam tu, tak perlu aku tambahkan lagi. pernah sekali tu, balik dari buat blood test untuk ambil bacaan kuning dia, aku jadi frust sebab dah macam-macam usaha aku lakukan untuk cuba kurangkan kuning dia. mandi dengan ubat sei-sei la, bagi setitik 2 perahan anggur hitam la, minum susu kambing la (tapi aku minum yang instant punya), 1 apa tak jadi. sampaikan aku ambil tindakan drastik nak stopkan breastfeed dia untuk seketika dan bagi dia susu formula. aku beli dan bagi dia minum. kuasa Allah kan, sedang fahim minum hampir 1 oz, dia tersedak dan muntah. memang banyak, seolah-olah semua susu formula yang 1oz dia minum tu keluar balik. sepantas kilat aku breastfeed kan dia semula. insaf terus dan terus tanam niat dalam hati kedap-kedap, jauh ke dalam aku simpan, aku cuba nak fully breastfeed dia selagi aku mampu! jangan sesekali aku menidakkan hak dia ke atas susu aku.

lepas tu, terus aku terpikir untuk buat stok EBM (Express Breastmilk). jarak usia iqa dengan fahim yang jauh 5 tahun tu buatkan aku lupa banyak perkara mengenai breastfeeding. alhamdulillah, entry Aishah banyak membantu ( thanks ye Aishah :) )

mula-mula aku simpan pakai botol. lepas tu aku terpikir, bape banyak plak la stok botol perlu aku ade. makan space plak tu. lepas tu, aku simpan plak pakai bekas dadih tu. okla compare dengan botol. tapi, jadi 1 masalah bila proses pencairan susu menjadi sangat lambat. mula-mula aku pindahkan je susu beku tu ke fridge bahagian bawah. susu yang telah dikeluarkan dari bahagian atas tu perlu dihabiskan dalam masa 1 hari. tapi, susu yg aku dah pindahkan tu, tak cair-cair pun walaupun jangka hayat hampir dah dengan 24 jam. lepas tu, aku try plak cairkan susu beku tu sebelum disimpan di bahagian bawah. hoihhhh, lama gak nak tunggu cair sepenuhnya, lebih kurang sejam jugak la. kaedah ni pun bagi aku kurang efisien untuk ibu-ibu bekerjaya seperti aku. ye la kan, masa itu emas :) lepas tu aku try plak plastik aiskrim.ok la sebab selain jimatkan ruang, proses pencairan pun cepat berlaku. tapi yang paling best guna plastik khas untuk simpan susu tu la sebab sekali guna boleh simpan susu sehingga 6oz compare plastik aiskrim yang paling banyak pun boleh simpan 4oz.

selama seminggu aku naik keje ni, tiap-tiap hari aku akan pam hanya 2 kali. tu je la kesempatan yang ada pun. aku akan pam lebih kurang pukul 9am dan 3pm. kadang-kadang balik dari keje pun aku akan pam sebab sekarang ni fahim lebih nyenyak tido malam. sepatutnya untuk dapatkan hasil yang lebih banyak, breast perlu dipam sebanyak 5 kali sehari. cabaraan besar tu bagi aku, tak mampu aku nak pam 5 kali sehari dengan lifestyle sekarang. maybe 1 fine day bila aku dah mula makan supplement Shaklee semula. lagi bape hari je nak puasa.harap sangat susu aku tak merundum.

No comments:

Post a Comment