Wednesday 11 July 2012

prolonged jaundice - part 1

Apa itu prolonged jaundice?

Info dipetik dari SINI
Prolonged jaundice (jaundis lebih dari14 hari selepas kelahiran) adalah agak biasa untuk bayi. Ia terjadi disebabkan keadaan hati bayi yang masih kurang matang untuk memproses bahan kimia yang bernama bilirubin. Keadaan ini akan pulih dgn sendirinya dgn kenaikan umur bayi. Kebanyakkan bayi akan pulih dalam masa seminggu, namun ada juga yang berpanjangan selalunya tak lebih dari 1 bulan . Andai kata masih ada jaundice lebih dari 14 hari hingga 1 bulan, rawatan dan siasatan lanjut perlu dijalankan.

Sekiranya bayi kurang menyusu juga boleh menyebabkan paras kuning naik. Oleh itu ibu-ibu digalakkan untuk menyusu bayi sekerap mungkin setiap 1 jam. Susu ibu adalah yang paling disyorkan, kerana susu ibu mempunyai zat dan nutrien yang paling sesuai untuk bayi, selain hanya susu ibu sahaja yang mempunyai antibodi untuk bayi melawan penyakit.

Bayi yang menghidap kuning lebih dari 14 hari selepas kelahiran perlu dirujuk ke klinik pakar untuk memastikan yang penyakit kuning yang dihadapi adalah disebabkan ketidak matangan fungi hati dan bukan disebabkan penyakit-penyakit lain seperti jangkitan kuman atau penyakit salur hempedu tertutup (billiary atresia) yang memerlukan rawatan antibiotik serta pembedahan seawal mungkin.

...................................................................................................................................................................

itulah dia prolonged jaundice. dan ya, fahim salah seorang dari yang kena prolonged jaundice ni. kuningnya dikesan seawal usia dia 4 hari masa nurse datang ke rumah untuk lawatan tu.

peringkat awal, aku letakkan sepenuhnya salah pada diri sendiri sebab aku mula makan jamu pada hari kedua. sepatutnya jamu tu mula dimakan pada hari keempat. aku terlepas pandang, leka di situ tambah-tambah badan rasa lesu, rasa nak cepat sihat. hari keempat tu, fahim ditahan sehari di NICU dengan bacaan 296. esoknya dia dah dibenarkan keluar, tapi bacaannya masih lagi lebih 200, iaitu 275.

selepas keluar dari wad, aku ulang alik bawak dia ke klinik kesihatan untuk buat blood test sehingga la umurnya 14 hari. keadaan masih sama, masih lagi kuning dengan bacaan kuning 243. rawatan susulan perlu dilakukan untuk pastikan apa yang menyebabkan kuningnya masih ada.

darah dan urine dia diambil untuk diuji. ohhh..kalau nak tau, sepanjang rawatan kuning ni, 11 kali dia kena ambil darah di tangan. jangan tanya ye perasaan aku macam mana. kalau boleh bertukar tangan, lama dah aku nak jadi galang gantinya.

seminggu selepas tu, resultnya dah keluar. aku diberitahu urine dia kotor dan darahnya pun tinggi bagi bacaan thyroid. fahim diberi antibiotik selama seminggu dan selepas 2 minggu, ujian darah dan urine perlu dilakukan sekali lagi. alhamdulillah, kedua-duanya sudah normal.

doktor sarankan untuk buat ultrasound kidney untuk kesan sebarang abnormality ke atas buah pinggang. sebabnya, untuk pastikan, urine nya normal disebabkan antibiotik tu atau memang confirm tiada masalah dalaman seperti infection ataupun VU (vesicoureteral) reflux - baby mengalami putaran kencing terbalik, iaitu kencingnya tak keluar tapi berbalik semula ke buah pinggangnya. dan semalam pada 10/7/2012, ultrasound kidney tu dilakukan. selesai je buat scan tu, dengan nada yang perlahan, juru x-ray tu cakap buah pinggang fahim kedua-duanya bengkak sedikit dan perlu datang lagi untuk follow up dengan doktor pada 17/7/2012.

subhanallah..tersentap sekejap. tiada sebarang ayat yang keluar dari mulut aku dan husband untuk beberapa ketika. aku diam, bungkam. kumpul kekuatan dalam diam. aku perlu kuat demi anak kecil ini. tapi sekuat mana la aku ni. harapan aku setinggi gunung. moga-moga biarlah tiada dugaan yang maha hebat diberikan ke atas kami...amin!


 Izz Fahim : 2 bulan : 4.8kg


*sekadar berkongsi pengalaman

4 comments:

  1. Salam, mcm mana keadaan anak, saya pun tgh hadapi masalah yang sama, dah ambik semua sampel, 2 mggu baru tahu keputusan...harap2 xde masalah lah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Sufi, fahim sihat. Selepas buat ultrasound sekali lagi pd 27/2/2013, baru betul2 lega, tiada yg abnormal kat fahim.
    Kalau baca dari part 1-3, sgt details apa yg berlaku. Selepas ambil sampel,kena masuk tiub utk confirmkan cycle kencing ok ke tak.

    ReplyDelete
  3. Salam,bole bg email add awk.. Sy nk tahu lbh lnjut lg tntang fahim sbb baby sy ada prob sm mcm fahim. Reply me asap....

    ReplyDelete
  4. Wsalam Nur Arina

    boleh email saya kat shuhaily.shuhaimi@gmail.com

    ReplyDelete